Restoran Rumah Bot Hanyut Dibawa Arus Deras
Sebuah restoran berkonsep rumah bot serta rakit milik seorang pengusaha restoran hanyut sejauh kira-kira lima kilometer (km) dibawa arus deras di Sungai Kelantan, Kota Bahru, Kelantan.
Kejadian berlaku pada jam 3.30 petang berhampiran Jambatan Diraja, apabila restoran dan rakit itu tiba-tiba bergerak mengikut arus selepas tali pengikatnya terputus.
Sumber dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, ketika kejadian, tiada pelanggan atau individu dalam rumah bot itu.
"Kebetulan pejabat Unit Marin APM Kelantan terletak hanya beberapa meter sahaja dari lokasi kejadian dan anggota kami segera menghidupkan sebuah bot untuk 'mengejar' restoran rumah bot serta rakit terbabit bersama pemiliknya.
"Dengan dibantu penduduk kampung yang turut bersama menggunakan dua bot, restoran terapung itu berjaya diselamatkan di Kuala Besar iaitu kira-kira lima km dari lokasi asal.
"Walaupun arus sungai deras tapi rumah bot itu memasuki alur yang sedikit perlahan alirannya menyebabkan kami berjaya mengejarnya," katanya ketika dihubungi.
Sumber itu berkata restoran rumah bot serta rakit itu kini ditambat di sebatang pokok di Kuala Besar dan terdapat sedikit kerosakan kerana berlalu pelanggaran.
Katanya, kejadian terbabit dipercayai berlaku kerana tali pengikat rumah bot itu terputus akibat pokok tumbang malam tadi.
BERITA TRENDING: Tahanan Bersembunyi Di Kebun Dutian Berjaya Ditahan Semula
BERITA TRENDING: “Saya Pantang Dicabar” - Video Lucu Uyaina Arshad Buat Tutorial Tudung Guna Barang Rumah Geletek Hati Netizen!
BERITA TRENDING: Gaji Lima Angka, Altimet Kongsi Pendapatan Bergelar Wakil Rakyat - “Campur Elaun Semua Boleh Cecah…”
BERITA TRENDING: “Best, Takut, & Nervous” - Jadi Ibu Momen Terindah Sharifah Amani
"Arus Sungai Kelantan yang deras sejak petang tadi menyebabkan tali pengikat terputus kerana berlaku geseran seterusnya menghanyutkan rumah bot bersama rakit di belakangnya.
"Alhamdulillah hasil tindakan pantas dari anggota kami bersama penduduk kampung dapat menyelamatkan rumah bot itu dari terus hanyut ke laut," jelasnya.
Sumber: Harian Metro