Laman Utama

[REVIEW] Daripada Tak Suka Terus Mind Blowing! Top Gun: Maverick Karya Masterpiece?

Hanafis Haris
25/05/2022
11:18 MYT
Sponsor Banner
[REVIEW] Daripada Tak Suka Terus Mind Blowing! Top Gun: Maverick Karya Masterpiece?

Selepas 36 tahun karya pertama dikeluarkan, peminat akhirnya berjaya melepaskan ‘hajat’ untuk menyaksikan sekuel Top Gun.

Menerusi Top Gun: Maverick, filem ini masih menggunakan khidmat teraju utamanya iaitu Tom Cruise sebagai hero.

Menjadi filem dengan kutipan tertinggi pada era kemunculannya pada 1986, pastinya peminat menaruh harapan ‘menggunung’ terhadap Top Gun: Maverick.

Persoalannya, adakah ia mencapai ‘standard’ yang diimpikan?

Gempak berkesempatan untuk menyaksikan tayangan awal dna berikut merupakan ulasan ‘jujur’ penulis.

#Plot ringkas dan tak memerlukan kewajiban untuk menonton Top Gun 1

Secara ringkasnya Top Gun: Maverick mengisahkan tentang Kapten Pete ‘Maverick’ Mitchell yang merupakan seorang pilot penguji pesawat handal.

Namun, secara tiba-tiba Maverick dipanggil kembali dan diperintahkan oleh Ice Man untuk melatih graduan lulusan Top Gun untuk menjalankan sebuah misi khusus.

Pun begitu, dalam kalangan mereka yang mendapat latihan itu, seorang daripada adalah anak mendiang Goose, iaitu Bradley ‘Rooster’ Bradshaw.

Bradley mempunyai dendam terhadap kapten Maverick kerana mendakwa kematian ayah berpunca daripadanya.

Persoalannya, adakah anda perlu tonton filem pertama untuk faham jalan cerita terbaru ini?

Bagi penulis tidak! Ini kerana plot yang dibawa untuk Top Gun: Maverick sebenarnya tidak merumitkan.

Jika tidak tonton filem pertama sekali pun, anda akan faham kerana 1st act untuk filem ini banyak mengimbas kembali apa yang terjadi sebelum ini.

Penonton mungkin akan merasa sedikit slow kerana banyak babak digunakan untuk mengupas kisah lama selain mengambil masa untuk memperkenal dan memperkembangkan beberapa watak baru.

Pun begitu, bagi pandangan penulis, ‘pacing’ filem ini tidaklah terlalu perlahan kerana pengarah bijak menyelitkan jenaka-jenaka ringan ketika 20 minit terawal.

Ditambah pula dengan babak ‘supersonik’ yang sangat intense di awal filem.

#Power Of Action! Super Good!

Namun, kerancakan filem ini sebenarnya bermula apabila Maverick dibawa masuk semula ke Top Gun.

Penulis sangat kagum bagaimana pengarah memfokuskan watak Maverick sebagai pilot yang sangat handal!

Sangat hebat sehinggakan tiada yang mampu menyaingi beliau. Momen atau babak seperti ini amat penting untuk mencipta aura ‘hero’ dalam sesebuah filem.

Menyentuh aspek ‘action sequence’ pula, penulis sangat kagum hingga tertanya bagaimana ia dapat dihasilkan dengan seimbang namun pada masa sama sangat mind blowing!

Daripada babak ketika latihan sehinggalah pertempuran sebenar, semuanya dihasilkan dengan cukup sempurna (bagi mata penulis).

Rasanya jika dibuat berlebihan, mungkin timbul rasa pening.

Ye lah, sekejap babak di dalam pesawat, sekejap di luar, dialog Maverick dan kemudian berganti-ganti dengan dialog pelatih. Tanpa susunan yang kemas, pastinya boleh membuatkan penonton pening.

Namun, ia tidak bagi filem ini, sebaliknya ia membuatkan penulis lebih tergamam bagaimana mereka lakukan? Hebat betul!

Lebih hebat lagi adalah visual dan kamera angle yang disajikan.

Biarpun filem ini diklasifikasikan sebagai aksi dan bergenre perang, namun entah bagaimana elemen sinematografinya sangat cantik.

Babak ‘supersonik’ antara paling cantik bagi pandangan penulis.

Selain itu, kamera angle digunakan menambahkan lagi ‘intense’ dan adrenaline penonton.

Jangan tak tahu banyak babak dilakukan secara realistik dan bukannya menggunakan teknik green screen.

Malah, Tom Cruse sebelum ini pernah menyatakan dia tidak akan bersetuju melakonkan semula watak tersebut sekiranya menggunakan CGI.

“Saya tidak akan melakukan perkara CGI” itu kata-kata Tom Cruise sebelum bersetuju melakonkan semula watak Maverick.

Anda boleh lihat di sebalik tabir filem ini dan bersedialah untuk mind blowing!

#Menjadi Hero Di Saat Umur Mencecah 60 Tahun!

Dari aspek lakonan pula, memang tiada siapa mampu menggantikan Tom Cruise!

Pelakon lagenda ini benar-benar memaparkan figura seorang pilot senior yang handal, namun pada masa sama merendah diri.

Tom Cruise berjaya membawa aura Maverick dan menyakinkan kepada penonton baharu (termasuk penulis) yang dia adalah pilot terbaik pernah wujud di muka bumi.

Itu belum masuk permainan emosi antara Tom Cruise dan watak Rooster.

Babak akhir paling ‘mahal, jadi standby lah tisu!

Elemen jenaka juga tidak ketinggalan untuk diselitkan dalam karya ini. Tidak berlebihan, namun terlalu cringe untuk didengar.

Begitu juga elemen romantik dan ‘throwback’ dalam filem ini, ia tidaklah banyak dipaparkan hingga mencacatkan filem.

Malah, ia lebih kepada menyempurnakan filem ini, sekali gus memaparkan sisi normal Maverick sebagai manusia biasa.

Apapun, penulis merasakan filem antara karya terbaik pernah dilakonkan Tom Cruise.

Malah, tidak mustahil menggelarkannya sebagai masterpiece!

Rating 9/10

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar