Laman Utama

Review: Sindir Siapa Tu? Filem Biografi Epik Sejarah, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan! Masterpiece Atau…

Hanafis Haris
21/06/2022
14:23 MYT
Sponsor Banner
Review: Sindir Siapa Tu? Filem Biografi Epik Sejarah, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan! Masterpiece Atau…

Keterujaan orang ramai untuk menonton filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan sebenarnya bukan calang-calang.

Bermula dengan pengumuman barisan pelakonnya beberapa tahun lalu sehinggalah kemunculan teaser rasmi dan poster filem tersebut.

Orang ramai sudah mula bercakap-cakap tentang filem Mat Kilau.

Kini, filem biografi epik sejarah Malaysia ini bakal ditayangkan bermula Khamis ini.

Gempak berkesempatan untuk menontonnya pada tayangan perdana tempoh hari dan berkut merupakan ulasannya.

Plot

Untuk makluman, Mat Kilau dibikin dalam suasana tahun 1892 sewaktu pihak kolonial British menduduki tanah-tanah di Pahang.

British mengaut hasil bumi Pahang milik orang-orang Melayu dan mencampuri urusan adat dan agama orang-orang Melayu.

Ketika inilah munculnya pahlawan yang berani menegakkan keadilan, Mat Kilau.

Pada pandangan penulis, filem ini bermula dengan ‘pacing’ yang cukup laju.

Pengarahnya, Syamsul Yusof bijak ‘menjerat’ penonton apabila ‘menghidangkan’ babak permulaan yang cukup intense.

Babak awal ini penting untuk membangkitkan rasa marah serta kebencian penonton terhadap kekejaman penjajah ketika itu.

Kemunculan pelakon Ellie Suriaty pada babak awal ini juga banyak membantu mencetuskan sentimen berkenaan. Biarpun singkat, namun sangat impactful.

Penonton kemudian diperkenalkan dengan watak-watak penting yang dalam filem ini. Penulis suka bagaimana setiap watak diperkenalkan satu persatu dengan cukup kemas.

Nasihat penulis, bacalah sedikit tentang sejarah Mat Kilau sebelum menonton supaya anda tidak terpinga-pinga.

Untuk makluman, Watak Mat Kilau dibawa oleh Datuk Adi Putra, Wan Hanafi Su sebagai ayah Mat Kilau Tok Gajah, Beto Kusyairy (Wahid), Khir Rahman (Usup), Fattah Amin (Awang), Johan As’ari (Yassin) dan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian sebagai Toga.

Selain itu, terdapat barisan aktor dan aktres terbaik tanah air seperti Datuk Jalaluddin Hassan, (Hj. Muhammad), Datuk Rahim Razali, (Imam Bottoqh) Namron, (Hj. Sulong), Shaharuddin Thamby, (Datuk Bahaman) dan Ellie Suriaty, (Ibu Yassin) yang turut menjayakan filem ini.

Lihat senarai pelakon ini saja sudah ‘mind blowing’ bukan?

Betapa hebat dan besarnya skala filem ini.

Sekali lagi pujian harus diberi kepada pengarahnya kerana berjaya menghimpunkan aktor hebat negara.

Biarpun diklasifikasikan sebagai filem biografi epik sejarah, namun ia tidak membuatkan penonton keliru atau pening dengan susur galur sejarah mahupun watak diperkenalkan.

Perjalanan filem ini agak ‘straight forward’ sebenarnya.

Babak Aksi Silat

Babak pertarungan juga diselang-selikan dengan babak yang penuh dialog berbunga-bunga, sekali gus membolehkan penonton ‘bernafas’ buat seketika dengan pacingcukup laju.

Namun tidaklah sepanjang masa kerana penulis rasa masih ada beberapa babak yang sedikit perlahan.

Menyentuh soal aksi pertarungan, tidak dinafikan penulis agak puas menonton aksi seni bela diri silat yang dipaparkan.

Penulis percaya siapa yang minat khususnya pengamal ilmu silat pasti akan bertepuk tangan dengan apa yang dipaparkan dalam filem ini.

Babak Mat Kilau melakukan ‘buka bunga’ silat ketika pertarungan awal sangat impressive.

Efek slow motion dan anglekamera digunakan pada babak ini cukup ‘mahal’, sekali gus membuktikan Syamsul Yusof tidak bermain-main untuk menghasilkan karya begini.

Selain itu, pertarungan lain juga sangat promisingdan believable, terutamanya babak di gudang dan akhir. Power!

Terkejut juga melihat aksi Awang (Fattah Amin) berlawan menggunakan busur panahnya. Style!

Begitu juga beberapa babak lain, penulis boleh katakan banyak ‘power scene’ dalam filem ini.

Namun, yang paling memberi kesan adalah ketika watak Wahid (Beto Kusyairy) dan Mat Kilau terpaksa menahan suaranya daripada disedari pihak musuh.

Meremang guys sangat meremang! Telan air liur ya!

Biarpun babak tersebut tidak sampai pun 10 saat, tetapi ia memberi impak yang cukup besar.

Kita boleh rasa betapa perit dan besarnya pengorbanan orang dulu-dulu.

Kualiti lakonan?

Lihat pelakon saja tidak perlu rasanya untuk mempertikaikan kredibiliti mereka. Namun pujian mungkin bakal tertumpu pada Adi Putra dan Beto.

Adi Putra membawa watak Mat Kilau dengan cukup promising! Pelakon hebat ini berjaya meyakinkan penulis bahawa itulah figura Mat Kilau.

Begitu juga Beto, biarpun watak dibawa adalah fiksyen, namun kualiti dibawa oleh pelakon ini sangat outstanding hingga ada sesetengah yang merasakan ia ‘overshadow’ watak Mat Kilau.

Selain daripada kelebihan pada babak dan lakonan, pujian juga harus diberi kepada skrip yang disampaikan.

Penggunaan bahasa Melayu yang sangat tinggi disulami dengan pembuka bicara yang berbunga-bunga banyak menjadikan filem ini sangat cantik dari segi skripnya.

Filem ini banyak berbicara mengenai ketuanan Melayu serta semangat juang bangsa Melayu.

Penulis faham apa cuba disampaikan Syamsul. Di saat dunia serba modern dan makin bercelaru ini, mungkin filem ini mampu menyedarkan kita semua betapa pentingnya semangat itu.

Berbalik pada semangat perjuangan cuba disampaikan, penulis merasakan ketika inilah penonton boleh berfikir panjang apa maksud tersirat dan tersurat Syamsul.

Banyak dialog sindiran yang adakalanya bagaikan ‘tamparan besar’ buat sesetengah pihak.

Dialog seperti ‘orang Melayu takkan menang, orang Melayu memang suka berpecah belah, kuat iri hati” Fuh! Berat nak hadam tetapi itulah hakikat dan realitinya.

Apapun, penulis sangat berpuas hati dengan penghasilan Mat Kilau.

Jika ada kekurangan, mungkin sedikit saja yang boleh disentuh terutamanya pada babak akhir.

Penulis merasakan ia kurang ‘kick’ dan tidak puas ketika babak akhir. Babak di gudang rasanya lebih memberi impak.

Pun begitu, ia hanyalah sekadar pandangan amatur penulis. Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan wajib ditonton kesemua masyarakat di Malaysia.

Bawalah satu keluarga lihat sendiri sejarah perjuangan Mat Kilau.

Rating Gempak 7.5/10

Nak tonton banyak lagi movie menarik? Terus jer ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 untuk lebih banyak filem hebat! Macam-macam movie ada!

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar