Bollywood

Rhea Chakraborty Kongsi Kisah Dipenjara 28 Hari Lepas Kematian Mantan Kekasih Aktor Sushant Rajput

Maliah Surip
18/01/2024
14:50 MYT
Sponsor Banner
Rhea Chakraborty Kongsi Kisah Dipenjara 28 Hari Lepas Kematian Mantan Kekasih Aktor Sushant Rajput
Aktres Rhea Chakaraborty akhirnya berkongsi ‘kisah hitam’ pengalaman dirinya dipenjarakan selepas kematian kekasih yang juga seorang aktor, Sushant Singh Rajput.

BERITA TRENDING: Aktor Bollywood Sushant Singh Rajput Ditemui Tergantung Bunuh Diri

Rhea dipenjarakan selama 28 hari selepas didakwa memberi dadah kepada Sushant yang ditemui meninggal dunia dengan cara menggantung diri di kediaman di Mumbai, India pada tahun 2020.
Pelakon ini dibebaskan selepas membayar ikat jamin selepas meringkuk di penjara.

BERITA TRENDING: Bekas Kekasih Mendiang Sushant Singh, Rhea Chakraborty Ditahan Di Penjara

Menerusi temubual bersama Chetan Bhagat di Deep Talk With Chetan Bhagat, dia rela dipenjarakan demi membuktikan tidak bersalah di atas kematian bekas kekasihnya.
“Kehidupan saya menjadi perhatian dan menjadi seperti sebuah program yang seang ditonton.
“Saya mahu menghentikannya dan jika masuk ke penjara adalah caranya, saya rela dipenjarakan,” ujar Rhea seperti dilaporkan Indian Express.
Dia kemudian memberitahu perkara yang lebih buruk dialami di penjara bukan tentang imej tetapi mempertahankan mentalnya.
“Secara umumnya apabila dipenjarakan kita menjadi individu yang mahu dipisahkan daripada masyarakat.
“Ia (penjara) adalah dunia yang berbeza. Sangat berbeza.
“Kami makan pagi pukul 6, tengahari jam 11 dan makan malam pukul 2 petang dengan hidangan roti bersama cili.
“Kami ‘bebas’ melakukan apa sahaja termasuk ke perpustakaan sepanjang pukul 6 pagi hingga 5 petang.
“Saya tidur sehingga 12 jam hanya untuk melupakan perkara yang terjadi,” ceritanya.
Rhea juga terpaksa bertahan menggunakan tandas yang terlalu kotor dan dikongsi beramai-ramai.
“Dipenjarakan membuat mental sangat tertekan. Ia adalah satu trauma yang cukup sukar,” katanya lagi.
Namun di sebalik semua pengalaman yang dilalui di penjara, Rhea mengaku menjadi manusia yang lebih bersyukur selepas melihat ramai pesalah yang tidak mendapat sokongan keluarga malah mempunyai wang untuk membayar ikat jamin.
“Sebenarnya manusia di dalam penjara lebih baik daripada yang bebas. Hanya mereka tidak bernasib baik dan agak menyedihkan tiada sokongan keluarga atau rakan malah duit untuk membayar ika jamin.
“Saya belajar banyak perkara sepanjang dipenjarakan dan percaya jika tidak berbuat salah, saya akan memperoleh keadilan,” katanya.

PILIHAN PEMBACA: Shah Rukh Khan & Sushant Singh Rajput Ada Tanah Di Bulan! Nilainya Mencecah ...

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar