Laman Utama
Rhoma Irama Terkesima Nama Lengkap Baim Wong Sebenarnya Gabungan Daripada Dua Nama Nabi
Mungkin ramai di luar sana yang tertanya-tanya, apakah nama sebenar Baim Wong? Adakah dia mempunyai darah campuran atau sebenarnya dia seorang mualaf?
Nampaknya, bukan orang awam sahaja, malah, raja dangdut Indonesia, Rhoma Irama turut penasaran ingin mengetahui nama sebenar selebriti popular itu.
Menerusi temu bual bersama Baim Wong yang dimuat naik di YouTube Rhoma Irama Official baru-baru ini, ternyata Rhoma terkesima selepas mengetahui nama lengkap pelakon popular Baim Wong.
“Nama lengkapnya itu Muhammad Ibrahim,” kongsi suami kepada Paula Verhoeven itu sambil mengakui tidak ramai yang tahu nama aslinya.
Selepas mengetahui nama sebenarnya Baim, Rhoma ternyata terkesima kerana menurutnya, nama Baim sungguh istimewa kerana terdiri daripada dua nama Nabi.
"Masya-Allah sangat Islami sekali. Nama nabi Muhammad dan Ibrahim," ujar Rhoma Irama.
Baim lantas menjelaskan bahawa nama Wong yang digunakan selama ini adalah berasal daripada nama ayahnya, Johny Wong sebelum bergelar seorang mualaf.
"Papa saya itu mualaf sejak nikah dengan mama, dan Wong itu dari nama papa," ujar Baim.
Sementara itu, nama Baim merupakan nama panggilannya sejak kecil, potongan daripada nama Ibrahim. Justeru, lelaki berusia 40 tahun itu menggunakan Baim Wong sebagai nama pentasnya.