Hiburan

"Rindu Tiada Penghujungannya" - Chot XOXO Kenang Arwah Anak

Asraf Aided
06/12/2018
11:31 MYT
Sponsor Banner
"Rindu Tiada Penghujungannya" - Chot XOXO Kenang Arwah Anak
Pelawak dan penyampai radio, Chot (XOXO) mengenang pemergian anaknya Muhd Sher Harraz yang meninggal dunia dua bulan lalu.
Perkara itu dikongsi Chot menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
"Cepat je masa berlalu, dua bulan dah adik pergi.
"Mommy dan Daddy rindukan adik, kenangan bersama adik takkan kami lupakan.
"Rindu tiada penghujungnya, alhamdulillah Mommy dan Daddy dah kuat harungi dugaan ini, insya-Allah ada pengganti Sher Harraz," tulisnya sebagai kapsyen.
Rata-rata netizen mengucapkan takziah dan menyedekahkan Al-Fatihah kepada Haraz di ruangan komen entri tersebut.
Harraz meninggal dunia pada 8 Oktober lalu akibat mengalami masalah injap jantung terbalik dan telah dikebumikan di tanah perkuburan Felcra Ramuan Cina, Lubok Cina Melaka.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar