Laman Utama

Riot! Pembuka Tirai Saluran Baharu, Astro Premier! Papar Isu Gangguan Seksual & Buli Siber

Mya Amri
22/09/2023
14:47 MYT
Sponsor Banner
Riot! Pembuka Tirai Saluran Baharu, Astro Premier! Papar Isu Gangguan Seksual & Buli Siber
Astro sekali lagi mencabar norma naratif industri hiburan dengan mempersembahkan drama siri premium Astro Originals terkini terbitan Astro Shaw berjudul Riot.
Siri kali ini mempaparkan barisan pelakon generasi muda yang menunjangi penceritaan diinspirasikan daripada peristiwa yang berlaku di negara kita menerusi pendedahan sisi-sisi gelap di sebalik kes-kes gangguan seksual di kalangan remaja.
Mengikut jejak langkah Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM, Riot! menyasar golongan penonton muda sebagai penonton sasaran.
Lantas ini menjadikan Astro sebagai destinasi penceritaan lokal berkonsepkan edgy dan youthful utama bagi golongan muda di negara ini.
Penguasaan penceritaan unik Astro Originals menerusi Riot! turut akan menarik minat golongan dewasa mahupun yang bekerja atau profesional untuk mendalami naratif siri yang mengupas isu-isu serius dan sensitif secara teliti.
Menurut Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad yang sebagai Penerbit Eksekutif Riot!, drama premium Astro Originals ini mengutarakan isu serius seperti gangguan seksual, buli siber dan kesihatan mental di kalangan remaja.
“Diceritakan dalam genre drama, muzik dan supernatural, kami percaya kesemua isu ini memang berlaku di luar sana.
“Kami berharap kehadiran ‘Riot!’ mampu menjadi suara buat golongan remaja serta masyarakat dapat memberi lebih tumpuan kepada isu yang membimbangkan ini.
“Selain boleh ditonton di Astro On Demand, siri ini boleh disaksikan di saluran baharu, Astro Premier. Sebagai tanda terima kasih kepada para peminat Astro Originals, kami menampilkan saluran baharu ini yang akan mempersembahkan deretan drama premium tempatan.
“Kami berharap kehadiran saluran ini dapat memberikan penonton lebih pilihan dan variasi dalam menikmati kandungan-kandungan berwajah Malaysia yang berkualiti tinggi,” ujarnya.
Riot! turut membariskan para pelakon baharu dan berpengalaman seperti Rashidi Ishak, Iedil Dzuhrie Alaudin, Amanda Ang, Sue Tan, Nasir Alaydrus, Megat Adli, Che Puan Sarimah Ibrahim, Uyaina Arshad, Rahim Omar dan Dee Dee A’iene.
Manakala saksikan penampilan istimewa daripada artis-artis tersohor seperti Yang Berhormat Altimet, Suki Low dan Awal Ashaari.
Diarahkan oleh Shamyl Othman serta ditulis oleh panel penulis berpengalaman termasuk Rafidah Abdullah, Suzanne Ong, Khairi Anwar dan Anwar Hadi, Riot! bakal menjanjikan pengalaman Astro Originals berbeza yang relevan untuk masyarakat kini yang kian giat dalam social activism.
Selain itu, Astro juga menjalinkan kerjasama dengan Converse Malaysia dalam mempromosikan Riot.
Riot! turut bekerjasama dengan All Women’s Action Society (AWAM) serta Persatuan Kesedaran Dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA) dengan memaparkan nombor talian bantuan pada setiap episod agar dapat memberi sokongan terhadap mereka yang memerlukan bantuan akan hal berkenaan dengan gangguan seksual dan kesihatan mental.
Dalam pada itu, lagu-lagu runut bunyi Riot! pula dihasilkan oleh Khairil Ridzwan Annuar atau LoQue, antara penyanyi dan komposer tersohor negara yang turut merupakan pengarah muzik skor siri ini.
Antara lagu-lagu yang dipaparkan adalah Langkah Mayatku Dulu yang merupakan lagu tema utama siri ini, Kurang Ajar, Hidup Hidup, Ini Masa Kita, Kita Semua dan Sandiwara.
Saksikan Riot! menerusi Astro Premier (Saluran 410) pada 22 September 2023 pada jam 9 malam setiap hari Jumaat.
Saluran Astro Premier adalah percuma untuk semua pelanggan Astro bermula 18 September 2023 sehingga 1 Februari 2024.
Strim episod baharu Riot! awal menerusi On Demand pada setiap jam 12 tengah malam pada hari yang sama menerusi Astro Box dan Astro GO.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar