Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Rizalman Kongsi Scammer Menyamar ‘Permaisuri Agong’, Minta Transfer Duit RM3,000!

Azwa Rahman 09/05/2022 | 00:10 MYT

Pereka fesyen tersohor negara, Datuk Rizalman Ibrahim berkongsi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikatnya, Faizul Surani yang hampir diperdaya scammer yang menyamar sebagai Tuanku Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi laman sosial Instagram, Rizalman memuat naik tangkap layar perbualan Faizul bersama ‘Tuanku Permaisuri Agong’ yang meminta sejumlah wang.
Dalam perbualan itu, ‘Tuanku Permaisuri Agong’ telah meminta Faizul memindahkan wang ke seorang lelaki dikenali sebagai Khairul Ikhwan sebanyak RM3,000.
“Mohon hati-hati dengan scammer, mereka sudah berjaya menceroboh ke Telegram, jangan terpedaya dengan scammer. Nasib double check dengan Tuanku, ampun Tuanku,” tulis Faizul pada tangkap layar perbualannya.
Berdasarkan tangkap layar perbualan di aplikasi Telegram itu lagi menunjukkan pihak scammer terbabit berjaya menceroboh akaun Telegram dan menyamar sebagai Tuanku Permaisuri Agong.
Walau bagaimanapun, pihak scammer gagal memperdaya Faizul apabila lelaki tersebut sempat membuat semakan dan pengesahan daripada Permaisuri Agong sendiri.

#Rizalman Ibrahim #Scammer #Raja Permaisuri Agong
;