Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Rizky Billar & Lesti Kejora Kongsi Wajah, Nama Anak - “Perkenalkan.. Muhammad Leslar Al-Fatih Billar”

Azwa Rahman 10/01/2022 | 10:16 MYT
Pasangan selebriti terkenal Indonesia, Rizky Billar dan Lesti Kejora akhirnya mendedahkan wajah dan nama anak lelaki mereka selepas dua minggu melahirkan.
Menerusi laman sosial Instagram, Rizky memuat naik foto terkini anak lelakinya itu yang dikenali sebagai Baby L.
Malah, mereka turut membuat pendedahan istimewa menerusi sebuah rancangan khas, Welcome Baby L yang ditayangkan di stesen TV Indosiar pada Sabtu.
Selain berkongsi wajah anak sulung mereka, Rizky dan Lesti juga mengumumkan nama yang diberi pada bayinya iaitu Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.
Menurut Rizky, nama yang diberikan itu membawa doa dan harapan orang tua dan mewarisi akhlak serta perilaku yang baik.

A post shared by Muhammad Rizky Billar (@rizkybillar)

“Muhammad adalah nama pertama saya. Nama itu juga adalah nama seorang Rasul yang sangat dimuliakan Allah.
“Leslar perpaduan nama saya dan wanita yang saya cintai dan di nama tersebut terdapat banyak orang yang mendoakan kami.
“Al-Fatih berawal dari kekaguman saya terhadap Muhammad II di mana beliau mempunyai jiwa kepemimpinan yang tinggi, cergas serta penghafal Al-quran.
“Billar insyaallah nama belakang ini akan menjadi legasi,” tulis Rizky di ruangan kapsyen.
Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya mendoakan segala yang terbaik pada anak lelaki pasangan tersebut.
“Masyallah tabarakallah sihat terus Leslar anak soleh,” komen seorang wargamaya.
“Lucu banget baby L. Semoga jadi anak soleh dan membanggakan,” ucap seorang wargamaya.
“Akhirnya diperlihatkan juga anaknya Leslar yang lucu dan tampan. Semoga menjadi anak yang soleh dan menjadi harapan orang tua,” tulis seorang wargamaya lagi.
Terdahulu, Lesti telah selamat melahirkan cahaya matanya secara pramatang pada 27 Disember tahun lalu secara pembedahan selepas mengalami pendarahan akibat terlalu penat.
#Rizky Billar #Lesti Kejora #Muhammad Leslar
;