Laman Utama

Rizman Ruzaini Tembus Pasaran Arab Saudi! Lancar RR Empire Bantu Orang Ramai Jana Pendapatan

Shahrin Zulkifle
19/12/2022
12:00 MYT
Sponsor Banner
Rizman Ruzaini Tembus Pasaran Arab Saudi! Lancar RR Empire Bantu Orang Ramai Jana Pendapatan

Pereka fesyen duo terkenal, Rizman Nordin dan Ruzaini Wan Jamil berjanji akan mengharumkan nama Malaysia dengan membawa jenama mereka iaitu Rizman Ruzaini ke peringkat antarabangsa.

Kata Rizman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Rizman Ruzaini, jenama tersebut bakal menembusi pasaran antarabangsa pada tahun 2023 dan memilih Arab Saudi sebagai negara pertama.

Rizman Ruzaini tembus pasaran Arab Saudi

“Saya ingin kongsikan berita gembira yang sebenarnya jenama Rizman Ruzaini sedang mengorak langkah ke pasaran antarabangsa dan negara pertama yang kami akan masuk adalah Arab Saudi.

“Sebab kami dah ada beberapa pelanggan yang di sana dan mereka hanya menunggu sahaja waktu untuk produk kami dipasarkan di Arab Saudi.

“Namun ini bukan perkara yang kecil, sudah pasti perancangan teliti harus dilakukan. Kami nak pergi dengan ready. Insya-Allah hujung tahun depan kami janji akan banggakan rakyat Malaysia. Rizman Ruzaini akan ada di pasaran international,” katanya kepada Gempak.

Rizman berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran program RR Empire yang berlangsung di Shagri-La Hotel baru-baru ini.

RR Empire bantu orang ramai

Ditanya mengenai penubuhan RR Empire, Rizman berkata ia merupakan program yang bertujuan membantu orang ramai menjana pendapatan tanpa mengeluarkan sebarang modal.

“Orang ramai yang menyertai akan mendapat komisen daripada hasil jualan dan tidak perlu mengeluarkan modal kerana semuanya akan diuruskan oleh pihak pengurusan.

“Mereka yang sertai program ini akan digelar RR Icon. Mereka bukan sahaja didedahkan kepada ilmu perniagaan semata mata, tetapi mereka juga kami hantar ke kelas grooming, kelas tutorial, kelas make up dan banyak lagi.

“Untuk RR Empire kami akan keluarkan dua produk terlebih dahulu iaitu handbag dan tudung sahaja. Ini kerana dua produk tersebut merupakan antara yang terlaris dan mendapat demand yang tinggi daripada pelanggan.

"Mereka (RR Icon) hanya perlu guna tudung dan beg tangan jenama RR Empire serta promosi dan bantu pembeli untuk membuat pembelian melalui media sosial atau platform perniagaan lain,” kongsinya.

Pada majlis tersebut, turut diperkenalkan muse kepada koleksi hijab terbaharu Rizman Ruzaini iaitu pelakon Mira Filzah.

Buka lebih banyak kiosk

Sementara itu, Ruzaini berkata, mereka bakal memperluaskan lagi pasaran RR Empire dengan membuka beberapa kiosk tetap di seluruh Malaysia bagi memudahkan pelanggan mendapatkan barangan yang dijual.

"Insya Allah tahun depan sasaran kami untuk buka 10 kiosk tetap di seluruh Malaysia. Kiosk tetap pertama masin dalam perbincangan dan mungkin akan dibuka di sekitar Kuala Lumpur,” ujarnya ringkas.

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024