Laman Utama
Robert De Niro Disaman, Mengaku Minta Pembantu Garu Belakang Badan
Pesohor Hollywood, Robert De Niro kini berdepan saman daripada mantan pembantu peribadinya, Graham Chase Robinson.
De Niro disaman atas dakwaan diskriminasi jantina dan tiga dakwaan lain yang dibuat Robinson sewaktu bekerja di syarikat miliki aktor tersebut, Canal Production.
Menerusi sesi soal jawab yang berlangsung di Mahkamah Manhattan awal minggu ini, De Niro mengaku telah memarahi Robinson untuk menggaru bahagian belakang badannya.
Dia juga mengaku telah memberi arahan dalam keadaan marah kepada mantan pekerjanya yang kini berusia 41 tahun.
Namun dalam pembelaannya, De Niro menegaskan ia dilakukan tanpa niat tidak baik.
“Okay, dua kali (menggaru). Saya mahu katakan ini mengarut kerana ia tidak pernah dilakukan tanpa paksaan,” katanya kepada mahkamah seperti dilaporkan DailyMail.uk.
Selain diberi arahan menggaru belakang badan, Robinson juga mendakwa bintang Taxi Driver tersebut juga meminta dia membasuh pakaiannya.
Robinson seterusnya mendakwa De Niro memperlakukannya sebagai ‘isteri di pejabat’, memberi kerja di luar konteks selain menerima bayaran yang tidak setimpal dan lebih rendah daripada pekerja lelaki.
Untuk rekod, wanita itu mula bekerja dengan De Niro sejak 2008 sebelum berhenti pada tahun 2019. Dia didakwa memiliki gaji sebesar RM1.4 juta pada jawatan terakhirnya.
De Niro menerusi pihak guamannya juga telah memfailkan saman terhadap Robinson atas dakwaan menyeleweng duit syarikat termasuk memindahkan sejumlah RM2.1 juta ke dalam akaun peribadinya.
Wanita itu turut didakwa kerap membelanjakan duit syarikat untuk tujuan peribadi termasuk membeli-belah dan bercuti serta menghabiskan masa dengan menonton Netflix.