Laman Utama

Rocketfuel Entertainment Lebih Vazz! Ini 10 Perkara Baharu Yang Semua Looking Forward

Amri Hassan
24/06/2022
22:06 MYT
Sponsor Banner
Rocketfuel Entertainment Lebih Vazz! Ini 10 Perkara Baharu Yang Semua Looking Forward
Sebagai salah satu medium industri hiburan utama negara, Rocketfuel Entertainment dengan bangganya mengumumkan pelan masa hadapan syarikat yang merentas galaksi semasa acara makan malam gala bertemakan ‘angkasa lepas’ yang dikenali sebagai Rocketfuel V, di samping memberi penghormatan dan meraikan rakan media, para pelanggan dan juga rakan industri.
Di bawah kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio & Rocketfuel Entertainment, Kenny Ong dan Ketua Rocketfuel Entertainment, Feros Sayna Andreas, syarikat ini telah menjalani penstrukturan semula dan pengubahsuaian model perniagaan yang bersepadu pada tahun sebelum ini.
Selain itu, syarikat juga turut melebarkan sayap dengan memberi tumpuan terhadap penciptaan kandungan yang unik, baharu dan yang juga melibatkan acara langsung, di samping mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu perniagaan Key Opinion Leader (KOL) yang sedia ada.
Rocketfuel V juga berfungsi untuk memperkenalkan semula jenama Rocketfuel Entertainment yang baharu seiring dengan tahun kelima pengoperasian mereka.
“Kami sangat teruja untuk membentangkan projek terbaharu dan perancangan masa hadapan syarikat pada malam ini, dan juga meraikan mereka yang telah bersama-sama kami sejak mula dilancarkan,” kata Feros Sayna Andreas.
Pada malam istimewa ini, tetamu akan dibawa menjelajah ke sebuah dunia baharu yang digelar Planet V di bawah jajahan Rocketfuel Entertainment.
Selain itu, para hadirin juga dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh barisan artis terkenal negara dan juga beberapa pengumuman penting oleh syarikat.
Jom recap apa yang menarik sepanjang Malam Gala Rocketfuel V yang berlangsung meriah di W Hotel pada Khamis lalu:
16 BarisMelalui kolaborasi bernas di antara Rocketfuel Entertainment dengan Def Jam Recordings Malaysia (dulu dikenali sebagai Kartel Records), program ‘16 Baris’ menjadi medan bagi pengamal hip-hop di serata rantau Asia Tenggara (SEA) menunjukkan bakat mereka.
Sebuah persembahan pembukaan istmewa oleh Joe Flizzow a.k.a Mr. President dan DJ CZA sekaligus mengumumkan berita bahawa musim ke-3 ‘16 Baris’ dan sebuah konsert yang bakal berlangsung pada penghujung musim ini.
Roc-Kids!
Dalam usaha syarikat ini untuk menarik lebih ramai penonton muda, Rocketfuel Entertainment turut memperkenalkan sebuah siri berkonsepkan edu-tainment khusus buat kanak-kanak dikenali sebagai ‘Roc-kids’.
Siri ini memaparkan aksi kanak-kanak dalam melakukan pekerjaan orang dewasa dengan tujuan menyediakan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada penonton muda melalui medium hiburan.
Siri konsert mini
Setelah negara memasuki fasa endemik, Rocketfuel Entertainment bakal menganjurkan beberapa konsert di pelbagai lokasi.
Antara konsert yang dirancang ialah konsert mini oleh penyanyi terkenal, Hael Husaini pada penghujung tahun ini, sementara pasangan suami isteri popular, Ernie Zakri dan Syamel juga akan mengadakan konsert secara bersama. Tiket bagi konsert tersebut akan djual melalui pelbagai platform yang ditetapkan.
I’m In Season 2
Rocketfuel Entertainment juga akan memperkenalkan ‘I’m In Session 2’ yang merupakan kandungan bersiri memaparkan persembahan secara langsung oleh para artis di lokasi-lokasi yang istimewa sekitar Malaysia selama 30 minit bagi satu episod.
Setiap episod memaparkan segmen-segmen berbeza seperti nyanyian dan wawancara eksklusif bersama artis yang ditonjolkan.
Bintang virtual pertama
Selain itu, Rocketfuel Entertainment akan berkolaborasi bersama-sama pencipta siri animasi paling popular iaitu Didi & Friends dari Warnakala Studios untuk mencipta ‘bintang virtual-nya’ yang pertama yang diberi nama Jasmine!
Rocket Shop
Permintaan yang tinggi terhadap kepelbagaian produk yang terjual di atas talian memberikan peluang buat Rocketfuel Entertainment untuk melancarkan platform dagangan sosialnya sendiri melalui platform artis yang tersedia.
Selain hanya membuat ciapan di media sosial, jenama-jenama utama kini boleh memasarkan produk mereka terus kepada pembeli melalui platform artis, lantas mewujudkan jaringan terus-menerus untuk pengguna dari segi kesedaran jenama, penganalisian produk dan keputusan pembelian.
Konsert di Genting Highlands
Rocketfuel Entertainment akan berkolaborasi bersama Genting Group bagi menjayakan konsert karnival hujung minggu di Madison Garden, Genting Highlands.
Konsert selama dua hari ini akan merangkumi sesi ramah mesra, permainan di taman tema, kemudahan hotel serta sesi peminat dan artis bersama artis kesayangan mereka dengan lebih dekat.
Filem jenayah Rocketfuel
Dalam usaha sama dengan John Paul Lee Films, Rocketfuel Entertainment akan mula terlibat dalam bidang industri perfileman. Filem berkonsepkan jenayah yang masih belum bertajuk ini akan membariskan bintang-bintang popular dari kalangan artis Rocketfuel Entertainment sendiri.
Awal Ashaari & Scha Alyahya
Sebagai sebuah peneraju label hiburan, Rocketfuel Entertainment turut bangga mengumumkan barisan artis terbaharunya seperti Jaa Suzuran dan pasangan suami isteri terkenal Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya, bersama puteri-puteri mereka, Lara Alana dan Lila Amina.
Holla
Dan yang terbaharu, Rocketfuel Entertainment juga akan bergabung dengan aplikasi ‘Holla’ (tersedia di getholla.com, App Store dan Google Play Store), sebuah platform unik yang menawarkan shout-out oleh artis kesayangan mereka dan peminat turut berpeluang merasai pengalaman istimewa bersama-sama artis atau pempengaruh (‘influencer’) Rocketfuel kegemaran mereka.
Maklumat lanjut tentang Rocketfuel Entertainment, boleh layari laman web www.rocketfuelent.com, @rocketfuelent di Instagram atau Rocketfuel Network di YouTube!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar