Laman Utama

Rolex Kesayangan Dr Zul Berpindah Tangan, Lelaki Dari Pasir Gudang Kini Jadi Pemilik Baharu

Izwan Isa
01/11/2023
23:55 MYT
Sponsor Banner
Rolex Kesayangan Dr Zul Berpindah Tangan, Lelaki Dari Pasir Gudang Kini Jadi Pemilik Baharu
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri atau Dr Zul akhirnya bertemu dengan pemilik baharu jam tangan Rolex miliknya yang telah berjaya dibida semalam.

BERITA TRENDING: Dr Zulkifli Lelong Jam Tangan Rolex Pemberian Raja Saudi, Hasil Bidaan Disalur Sepenuhnya Kepada Palestin

Apa yang istimewa, lelaki dari Pasir Gudang, Johor itu membida jam tangan mewah berkenaan pada harga RM135,000 tujuh minit sebelum tempoh bidaan ditutup.
“Alhamdulillah, telah sempurna penyerahan jam Rolex saya yang merupakan derma kurnia Raja Arab Saudi, DYMM Al-Malik Salman bin Abdulaziz Alsaud hafizahullahu ta’ala kepada pemilik baharunya, seorang Hamba Allah daripada Pasir Gudang, Johor.
“Saya tanya kepada beliau: ‘Mengapa terdetik untuk membida dengan nilai RM135,000 pada 7 minit terakhir sebelum ditutup pada jam 12 tengah malam semalam?’
“Pembida ini sebak dan kemudiannya menangis. Jawapannya kerana ia adalah derma kurnia Raja Arab Saudi, milik saya, dan demi Palestin,” kata Dr Zul.
Melanjutkan perkongsian, Dr Zul yang dalam perjalanan ke Abu Dhabi bagi menghadiri mesyuarat tahunan bersama Syeikhul Azhar bakal singgah sebentar ke Jordan untuk menyerahkan sendiri wang berjumlah RM100,000 kepada pelarian Palestin di Amman, melalui Muslim Care Malaysia.
“Baki RM35,000 akan diserahkan bermula esok kepada 8 NGO terpilih iaitu MERCY Malaysia, Global Peace Malaysia, Cinta Gaza, Aqsa Syarif, PAS Relief, MAPIM, Aman Palestin dan MyFundAction,” katanya lagi.

BERITA TRENDING: Bidaan Jam Rolex Dr Zul Ditutup Pada Harga RM135,000: “Semoga Allah Ganjari Niat Murni…”

Terdahulu, perkongsian Dr Zul di media sosial mengenai bidaan jam tangan berjenama mewah berkenaan meraih perhatian ramai, terutama kerana jam tangan tersebut merupakan hadiah istimewa pemberian Raja Saudi.
Sumber, kredit foto: Twitter
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar