Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Roslan Madun Menangis Kenang Kontroversi Shila Amzah & Adik-Beradik - “Mereka Membesar Depan Mata Saya”

Asyikin Mayudin 18/10/2023 | 09:50 MYT
Perbalahan antara penyanyi Shila Amzah dengan adik-beradiknya membuatkan penyanyi popular era 80-an iaitu Roslan Madun gagal menahan air mata apabila diminta megulas mengani kontroversi itu.

Roslan yang mempunyai hubungan baik dengan bapa kepada Shila yang juga penyanyi popular era-80, Datuk ND Lala berkata, dia sudah mengganggap adik-beradik itu seperti keluarganya sendiri.

“Anak-anak dia (ND Lala) dah macam anak saya sendiri dah. Seperti keluarga sendiri. Mereka (adik beradik Shila) membesar depan mata saya juga. Saya lihat ketika mereka susah dan senang.

“Walaupun tidak berapa rapat dengan adik beradik yang lain, tapi Shila itu selalu kami pergi buat majlis bersama. Sebab Shila kan mula menyanyi daripada dia kecil.

“Saya dulu banyak persembahan di Pahang, kalau ada artis yang lambat sampai, Shila akan isi slot-slot kosong acara itu,” katanya menerusi video temu bual yang tular di TikTok.

BACA SINI: "Saya Akan Jumpa Emak, Itu Tetap Ibu Kita" - Shila Amzah

Dalam masa sama, penyanyi yang popular dengan lagu Lemak Manis itu mendoakan agar keluarga Shila dapat berbincang dan menyelesaikan isu yang berlaku secara baik.

“Harapan saya, semoga mereka satu keluarga bertemu dan berjumpa bersama. Kerana itu jalan penyelesaian yang terbaik. Saya dan ND Lala masih berhubung. Tapi susah juga nak cakap lebih kerana isu itu tidak berlaku pada saya.

“Manusia ini mungkin dia sudah tidak tahu nak mengadu dekat mana itu yang luah di media sosial. Perkara pun dah berlaku. Saya doakan mereka berbaik, insya-Allah,” ujarnya lagi.

Kemelut antara Shila dan dua adiknya iaitu Syafiq dan Syada masih berlanjutan sehingga kini malah ibu mereka juga pernah mengeluarkan kenyataan masih belum memaafkan anak sulungnya itu.

#Shila Amzah #Roslan Madun #Adik Shila
;