Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Ross Ariffin Tak Mahu Susahkan Anak, Sanggup Jadi Gelandangan

Maliah Surip 19/10/2023 | 10:20 MYT
KIsah komposer yang pernah terkenal pada era 80-an dan 90-an, Ross Ariffin yang kini hidup merempat dan menjadi gelandangan menarik perhatian banyak pihak.
Ramai yang bersimpati dengan nasib malang yang menimpa komposer lagu Dia nyanyian Fauziah Latiff dan Kau Dan Aku milik Ning Baizura ini.
Malah ada juga yang tertanya-tanya jika lelaki berusia 61 tahun tersebut hidup sebatang kara.
Menurut Ross dia merupakan seorang duda selepas bercerai dengan isterinya sejak 10 tahun lalu. Sejak itu dia keluar dari rumah.
Dan katanya, dia juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan tersebut, seperti dilaporkan Harian Metro.
"Saya ada dua anak tetapi tidak berhubung dengan mereka. Saya tidak mahu mereka bimbang dengan keadaan saya," katanya.
Bercakap mengenai kehidupannya, Ross yang berasal dari Melaka mengaku pernah
bekerja melipat tuala dan cadar di sebuah hotel bajet di Jonker Walk, Melaka tanpa bayaran, sebaliknya dia dibenarkan menginap secara percuma.
Ross juga ditawarkan untuk bermain muzik setiap malam di sebuah restoran di Jalan Hang Tuah, Melaka dan pengusaha restoran itu menyediakan bilik secara percuma untuknya.
Kini dia juga mahu cuba untuk kembali ke kampung halaman dan mencuba peluang pekerjaan semula selepas tinggal di rumah perlindungan Samaritan Hope Home, Pudu.
Sementara itu, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez turut menyampaikan sumbangan wang tunai buat Ross.
#Viral #Anak #Komposer #Gelandangan #Merempat #Ross Ariffin
;