Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Roti Canai Ular Jadi Buruan, Macam-Macam Perisa Ada Woo!

Fiza Kamarudin 11/07/2020 | 08:23 MYT

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai roti canai berbentuk ular yang dijual di Kampung Kubur Kuda, Kota Bharu, Kelantan.

Menariknya, roti canai yular tersebut selain sedap dimakan ia juga mempunyai pelbagai perisa seperti Milo, Nestum, keju dan susu.
Harganya pula hanya sekitar RM1.20 hingga RM3 mengikut perisa dan saiz yang diminta pelanggan. Agaknya makin besar ular, makin tinggi harga!
Penebarnya, Che Harun Ali berkata sejak roti canai ular jualannya menjadi perbualan, ia juga memberikan rezeki buat dirinya dan keluarga.

“Alhamdulillah rezeki buat saya dan keluarga. Sebenarnya idea buat roti canai bentuk ular ni datang kerana haiwan itu juga.

“Saya sedang leka menebar roti canai dan ia muncul menyebabkan saya terkejut! Dari situlah timbul idea.
“Lepas tu saya buat untuk makan sendiri, ada pelanggan nampak dan dia mintak saya buatkan,” katanya.
Bagaimanapun kata Che Harun dia masih menyediakan roti canai berbentuk bulat dan empat segi kerana mungkin ada yang geli melihat bentuk ular.

Ada yang berani nak cuba? Jomlah kita ke Kota Bharu!

#Viral #Viral #Roti Canai Ular
;