Hiburan
Ruhainies Difitnah Sudah Berkahwin Dengan Zul Ariffin, Mohon Netizen Tak Terpedaya - “Saya Tahu Korang Lebih Bijak…”
Pelakon Ruhainies berkongsi paparan skrin status yang dimuat naik sebuah portal berita yang menyebarkan cerita palsu berkaitan dengan dirinya.
Difitnah kahwin
Menerusi status di portal tersebut mendakwa Ruhainies sudah berkahwin dengan pelakon filem Don Dukun iaitu Zul Ariffin.
“Terbongkar Akhirnya! Zul Ariffin dan Ruhainies sebenarnya dah kahwin, ini ceritanya…!” tulis portal tersebut.
Tak tertipu
Bagaimanapun Ruhainies menerusi Instastory menasihati netizen agar tidak terpedaya dengan portal berita tersebut yang membuat fitnah semata-mata untuk melariskan jualan di platform media sosial.
"Kepada netizen yang saya sayangi, jangan biar mereka-mereka yang tak bertanggungjawab ini gula-gulakan korang okay.
"Saya tahu korang lebih bijak. Terlalu banyak tajuk palsu dibuat, tekan-tekan link Shopee. Harap berbahagialah dan semoga murah rezeki dan halal hasilnya.
"Saya tak marah tau, cuma saya rasa lucu dan terhibur. Terima kasih," katanya.
Jawapan sarkastik
Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, mengakui dia turut terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh portal berita tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Aliff Aziz Respons Dakwaan Anak Bakal Berkahwin Dengan Ruhainies - "Subhanallah"
ARTIKEL BERKAITAN: Pakai Topi Tertera Huruf ‘R’, Posting Aliff Aziz Curi Tumpuan Netizen
ARTIKEL BERKAITAN: Wah! Ruhainies Dapat Sejambak Bunga Lepas Balik Mahkamah
ARTIKEL BERKAITAN: Hanya Berlalu Pergi, Aliff Aziz & Ruhainies Diam Membisu… Enggan Komen Kes Khalwat Ditangguh
Tidak terus melenting dengan hal itu, pelakon berusia 32 tahun itu malah memberikan respons sarkastik memberitahu dia juga belum tahu tentang berita pernikahan itu.
"Amboi macam mana awak (portal) awak tahu ni? Saya pun tak tahu. Terima kasih untuk info," ujarnya.