Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Ruhainies Jawab Dakwaan Tanggung Aliff Aziz Selepas Jadi Duda - “Takkanlah Duit Dia Cepat Habis…”

Asyikin Mayudin 03/07/2024 | 04:45 MYT
Didakwa menanggung kehidupan penyanyi Aliff Aziz selepas bercerai dengan bekas isterinya, Bella Astillah, pelakon Ruhainies menegaskan dakwaan tersebut merupakan satu fitnah yang berat dan sama sekali tidak benar.
Jelas Ruhainies, Aliff Aziz juga mempunyai sumber kewangan dan juga simpanan sendiri untuk menanggung kehidupannya.

“Itu fitnah yang sangat-sangat berat, dan benda itu sudah tentu tidak benar. Selama ini Aliff punya tawaran berturut-turut, takkanlah duit dia cepat habis ataupun sudah habis,” katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: Dikecam Datang Ke Mahkamah Dengan Senyuman Lebar, Ini Jawapan Ruhainies - “Saya Senyum Sebab Nampak…”

BERITA TRENDING: “Bagi Saya, Tiada Apa-Apa Yang Boleh Halang Untuk Kami Masih Berhubung…” - Aliff Aziz Jawab Mengenai Dakwaan Berbalas Hantaran Dengan Ruhainies

Ruhainies memaklumkan perkara itu ketika ditemui selepas perbicaraan kes khalwat di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur pada Rabu.

Tak banyak tawaran

Ketika ditanya mengenai sumber kewangan ketika ini memandangkan sudah tidak banyak lagi tawaran, Ruhainies memaklumkan dia masih mempunyai pekerjaan.
“Alhamdulillah saya ada projek macam biasa dan saya tidak mahu kongsi dahulu. Nanti tengoklah di media sosial apa yang saya buat,” ujarnya.
Manakala Aliff pula, dia ketika ini memilih untuk berehat terlebih dahulu daripada sebarang tawaran dan menggunakan wang simpanan yang ada.
“Alhamdulillah saya masih ada simpanan saya yang sebelum ini dengan tawaran yang ada. Masih ada (duit) dan doakan yang baik baik untuk semua,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Aliff Aziz & Ruhainies Mengaku Tidak Bersalah, Bon Jaminan RM1,500 Juga Dilanjutkan

BERITA TRENDING: Kes Khalwat: Aliff Aziz & Ruhainies Hadir Bersama Di Mahkamah, Mohon Doa Yang Baik-Baik

BERITA TRENDING: Teruk Dikeji & Dihina Individu, Ibu Aliff Aziz Kritik Sikap Cybertroopers Malaysia - Menjadi B*ruah Yang Tidak Dibayar Sangat Tidak Berbaloi

BERITA TRENDING: Ibu Aliff Aziz Tak Sokong Anak Diboikot, Minta Orang Ramai Hentikan Cancel Culture

BERITA TRENDING: Ruhainies Minta Tolong Netizen Pantau Individu Sebar Fitnah & Reka Cerita - “Saya Mohon Followers Untuk Kongsi…”

BERITA TRENDING: Lama Sepi! Aliff Aziz Kongsi Video Cover Lagu Hal Hebat, Tapi Hadkan Ruangan Komen?

Ruhainies dan Aliff Aziz yang terlibat dengan kes khalwat pada 9 Mac lalu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu ketika sebutan kes di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.
Mahkamah menetapkan 17 Oktober 2024 sebagai tarikh seterusnya untuk prosiding dan bon jaminan RM1,500 dilanjutkan sehingga tarikh sebutan kes.
Pertuduhan terhadap mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.
Untuk rekod, rumah tangga Aliff dan bekas isterinya yang juga pelakon Bella Astillah berakhir dengan perceraian pada 13 Jun lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
#Viral #Aliff Aziz #Bella Astillah #Ruhainies #Mahkamah #Khalwat #Duda #Tanggung
;