Hiburan
Ruhainies Maafkan Netizen Bergosip Tentangnya - “Mereka Tak Nampak Apa Yang Sebenarnya Berlaku..”
Aktres sensasi, Ruhainies mengakui akan memaafkan individu yang bergosip tentang isu kontroversi nya baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Instagram Story nya, Ruhainies telah menjawab pertanyaan daripada salah seorang warganet.
“Out of topic, I just want to ask will u forgive people who gossip about u about your cases. LU,” tulis salah seorang individu yang tidak diketahui identitinya.
“I will. InsyAllah. sebab they dont know me. Mereka tak nampak apa yang sebenarnya berlaku. Mereka tak ada di tempat kejadian. Mereka tak tahu the whole story. Cuma dengar beberapa cerita yang disebarkan melalui online sahaja. “Mereka ada hak untuk meluahkan apa yang mereka rasa. Mereka juga ada hak untuk menilai apa yang mereka nampak on the surface. Its okay. Its okay. Mereka tidak tahu,” jawabnya.
Terdahulu, Ruhainies telah mengakui khilaf dan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Bella Astillah susulan kontroversi yang membabitkannya dengan suami aktres itu.
Untuk info, pada 9 Mac lalu, Ruhainies dan aktor Aliff Aziz ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWl) di sebuah kondominium di ibu negara.
Susulan itu, Bella memfailkan cerai secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu namun sebutan kedua permohonan berkenaan pada 4 April lalu tidak berjalan seperti diharapkan.
Aliff ketika prosiding berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan enggan menceraikan Bella dengan alasan masih sayangkan isterinya.
Berita Trending: Sarah Yasmine Tetap Sudi Kahwin Aliff Aziz
Berita Trending: “Aliff Suka Plan Date Dekat…” Individu Tanpa Nama Ini Dedah…