Hiburan

Ruhainies Sedih Sebab Dah Kecewakan Peminat Yang Sayangkannya - “Tapi Kes Baru Tertuduh, Belum Dibuktikan Bersalah lagi”

Asyikin Mayudin
03/07/2024
23:56 MYT
Sponsor Banner
Ruhainies Sedih Sebab Dah Kecewakan Peminat Yang Sayangkannya - “Tapi Kes Baru Tertuduh, Belum Dibuktikan Bersalah lagi”
Pelakon Ruhainies mengakui kes khalwat yang melibatkan dirinya dengan penyanyi kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz sedikit sebanyak memberi kesan kepada dirinya.

Belum Terbukti Bersalah

Ruhainies berkata dia berasa sedih kerana sudah mengecewakan peminat yang selama ini sentiasa berada disisinya dan menyayanginya disebabkan kes tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies Jawab Dakwaan Tanggung Aliff Aziz Selepas Jadi Duda - “Takkanlah Duit Dia Cepat Habis…”

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies Datang Mahkamah Senyum Lebar Pun Salah! - "Saya Tak Pandai Berlakon, Menangis Depan Kamera"

Bagaimanapun Ruhainies menegaskan dia masih belum terbukti bersalah memandangkan kes tersebut masih dalam perbicaraan di mahkamah.

“Bila berlaku benda ini (kes khalwat), saya rasa macam sedih sebab saya kecewakan peminat-peminat yang ada… yang sayang saya. Tapi sekarang ini, kes baru tertuduh… belum dibuktikan bersalah lagi.

“Jadi, saya harap semua boleh tunggu dan kita boleh tengok la… tunggu dan lihat la,” kata Ruhainies kepada Gempak.
Ruhainies ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur selepas selesai prosiding bacaan pertuduhan kes khalwatnya dengan bekas suami kepada aktres Bella Astillah itu pada Rabu.
Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut dan mahkamah menetapkan tarikh baharu iaitu 17 Oktober depan untuk perbicaraan seterusnya.
Kontroversi rumah tangga Aliff dan Bella tercetus apabila penyanyi kelahiran Singapura itu ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominium pada 9 Mac lalu.
Terdahulu, Ruhainies turut menafikan dakwaan dia kini menanggung Aliff selepas penyanyi itu bercerai dengan Bella dan menganggap ia satu tuduhan yang berat serta tidak benar.
Jelas Ruhainies, Aliff mempunyai sumber kewangan dan juga simpanan sendiri untuk menanggung kehidupan.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Terhibur Bila Puteri Sarah Tanya Bella Astillah - “Awak Pandai Nangis Tak?”, Sarah Yasmine Pun Komen Juga

​ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz Mahu Berehat Dari Segi Mental & Emosi - “Kadang-Kadang Orang Kata Konon Macam Kitalah Yang Terpaling Sedih…”

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies Jawab Dakwaan Tanggung Aliff Aziz Selepas Jadi Duda - “Takkanlah Duit Dia Cepat Habis…”
​ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz Sedih Ibu Jadi Mangsa Serangan Netizen - “Kerana Kekurangan & Kesilapan Saya Telah Meletakkan Dia Di Posisi Sebegitu”
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar