Laman Utama
“Rumah Kosong, Seller Mahu Duit Dipulangkan” - View Chin Mohon Maaf, Akui Isu Curang Buat Perniagaan Terjejas
Pempengaruh TikTok, View Chin akhirnya tampil membuat permohonan maaf berkenaan kontroversi didakwa curang dengan pekerjanya yang dikenali sebagai Mira.
View Chin memohon maaf kerana mengambil masa dengan berdiam diri selepas isu mengenainya tular baru-baru ini.
“Saya ingin memohon maaf kepada semua beberapa hari Ini saya berdiam diri. Saya tahu ini ujian yang sangat berat buat saya, saya tahu pelbagai persoalan bermain difikiran anda.
“Saya akan bagi kenyataan secepat mungkin bagi saya masa untuk saya perbetulkan segala keadaan dan persoalan yang telah menimpa,” tulisnya.
Menerusi permohonan maaf secara terbuka yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya, View Chin juga mengakui kontroversi itu telah menjejaskan perniagaannya.
“Rumah saya sudah kosong tanpa ada apa apa barang semua barang telah dipindahkan. Pelbagai kerja saya perlu selesaikan.
“Seller dan semua brand barangan bertanya berkenaan perkara yang telah viral dan juga mereka ingin duit mereka dipulangkan kembali.
“Saya perlu satu per satu menjawab setiap seller dan memulangkan kembali duit mereka. Saya perlu selesaikan setiap tanggungjawab saya dahulu.
“Pekara ini menimpa sampaikan perniagaan saya langsung tak dapat dijalankan lagi, kedai saya dikacau oleh orang ramai begitu juga dengan pekerja saya kena kacau oleh mereka berkenaan.
“Bagi saya masa untuk saya balas setiap persoalan yang anda semua nak tahu, saya akan menjawab. Sekian dari saya View Chin,” jelasnya.
Terdahulu, nama View Chin hangat diperkatakan netizen selepas isterinya, Shermine Ah Moi mendakwa bahawa dia berlaku curang dengan pekerjanya sendiri.
Tidak cukup dengan itu, Ah Moi juga turut mendedahkan beberapa bukti di media sosial miliknya.