Viral

Rumah Pokwe Berjaya Terapung Lagi Buat Kali Ketiga Musim Banjir, Netizen Puji Idea Bernas Keluarga – “Dulu Orang Ketawa Apa Dia Buat”

Khairil Khusyairi
04/12/2024
04:50 MYT
Sponsor Banner
Rumah Pokwe Berjaya Terapung Lagi Buat Kali Ketiga Musim Banjir, Netizen Puji Idea Bernas Keluarga – “Dulu Orang Ketawa Apa Dia Buat”
Rumah milik A Bakar Che Ahmad, lebih dikenali sebagai Pokwe, kembali menjadi perhatian apabila terapung lagi buat kali ketiga ketika banjir melanda Kampung Tebak, Batu 16, Kemaman.

Berjaya Terapung Lagi

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh anaknya di media sosial, Pokwe dilihat berehat bersama pasangannya di beranda rumah mereka.

“Alhamdulillah, tahun ni masih terapung lagi. Semoga mak dan ayah sihat walafiat selalu dan dimurahkan rezeki,” tulis anaknya, Zalie, di TikTok.

Netizen Kagum

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warga maya kagum dengan kebijaksanaan Pokwe menyelesaikan masalah banjir.

“Rumah ni la yang pertama buat terapung, yang orang kata dia tak masuk akal tu. Last nampak hasil, terdiam semua,” komen netizen.

“Dah berapa kali banjir rumah ni berjaya terapung. Tabik spring, terbaik inovasi rumah ni,” puji netizen lagi.

“Maknanya, semua rumah yang berisiko banjir, wajib buat macam ni, brilliant idea pakcik,” tulis netizen lain.

“Rumah beliau ialah rumah paling menunggu saat banjir,” komen pengguna TikTok lain.

“Dulu orang ketawa apa dia buat, sekarang tahu,” komen netizen.

Untuk info, Pokwe berjaya mengatasi masalah banjir dengan membina rumah terapung menggunakan 69 tong plastik dan 54 keping papan fascia. Rumah tersebut siap pada 16 September 2022 dan diinspirasikan daripada reban ayam terapung yang dibina oleh Pokwe pada tahun 2019.
Rumah berkenaan, yang dibina dengan bantuan tujuh anak dan menantunya, mempunyai lima bilik tidur dan dua bilik air, serta mampu menampung beban sehingga 15 tan metrik.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024