Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Rumah Tak Ada Mesin Basuh" - Netizen Kesian Nasib Anak-Anak Suhaimi Saad? Pendidikan Tak...

Izwan Isa 02/06/2022 | 23:50 MYT

Umum mengetahui yang bekas penyanyi nasyid kontroversi, Suhaimi Saad pernah mendedahkan yang dia memilih untuk hidup dengan cara ‘zuhud’ bersama keluarganya.

Istilah zuhud bagi Suhaimi adalah dengan tidak menghantar anak-anaknya pergi ke sekolah, tidak menyediakan keperluan asas untuk keluarga dan enggan menerima suntikan vaksin COVID-19.
Hal ini sedikit sebanyak meninggalkan persoalan dalam kalangan netizen - adakah isterinya, Ina Naim bahagia berkongsi hidup bersama Suhaimi?
Menerusi beberapa ciapan yang dikongsikan oleh pengguna Twitter baru-baru ini, ramai yang berkongsikan pendapat berbeza terhadap pasangan berkenaan.
“I tengok live dorang haritu and kesian tengok Ina dapat laki tak guna pemalas macam ni. Korang kena tahu kat rumah dia tak ada mesin basuh peti ais sebab zuhud!
“They don’t even hantar anak pergi sekolah. Apa la nasib anak-anak dapat bapak m******* tahu, tanggungjawab dia elak. C*l*ka punya jantan,” tulis seorang pengguna Twitter.
Dalam pada itu, terdapat juga yang mengusulkan supaya orang ramai tidak mencampuri urusan mereka suami isteri.
“Kita perlu berhenti untuk mencampuri urusan orang lain. Apa pun yang mereka putuskan untuk keluarga mereka, itu masalah mereka. Asalkan ia tidak memberi kesan kepada kamu. Berhenti tentukan bagaimana cara hidup orang lain. Kita tak tahu kisah sebenar,” tulis seorang lagi netizen.
Bagaimanapun seorang lagi pengguna Twitter berpendapat yang lambat laun ia akan memberi impak pada masyarakat.
“Biar saya beritahu bagaimana ia boleh memberi kesan kepada masyarakat. Soal ibu bapa letak tepi, anak-anak akan lalui macam-macam sebab tak bersekolah. Bagaimana nak teruskan hidup pada masa akan datang? Saya kasihankan anak-anaknya kerana mereka layak untuk menerima pendidikan seperti orang lain,” tulisnya.
Terdahulu, Ina dikatakan menanggung suami dan anak-anaknya. Timbul juga tohmahan yang mengatakan Suhaimi menggunakan duit i-Sinar Ina untuk membikin lagu baharu.
Suhaimi dan Ina mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 14, Sallman El-Khoyri, 12, Phyrosh Elfadwah, 10, dan Nurlayla Elghufrony, 8.

#Suhaimi Saad #Ina Naim #Zuhud
;