Hiburan
“Rumah Tangga Ini Banyak Fasa…” - Sebak Baca Kisah Fattah & Fazura, Kak KM Beri Nasihat Buat Pasangan Berkahwin
Isu rumah tangga pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura mendapat perhatian rakyat Malaysia termasuk usahawan sensasi, Kak KM.
Anak kepada pelakon vateran Normah Damanhuri itu akui sebak apabila terbaca mengenai isu Fattah dan Fazura.
“Masa buat story tadi terbaca berita pasal Fattah dengan Fazura tak jadi cerai, Alhamdulillah.
“Sebenarnya sebak bila baca berita tu. Sebab rumah tangga ni dia banyak fasa, saya dah melepasi banyak fasa sekarang dah 22 tahun usia perkahwinan,” katanya di laman Instagram story.
Pada masa sama, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli juga menasihatkan kepada mana-mana pasangan sentiasa berkomunikasi apabila ada sebarang masalah.
“Banyak benda yang dah saya lalui, kunci dia adalah sabar dan tak boleh pentingkan diri sendiri. Kita tak boleh fikir apa yang kita rasa sahaja, kalau gaduh sikit-sikit tu pejam mata sahajalah.
“Kalau ada masalah kecik-kecik anak ni, kita tegur apa yang boleh ditegur. Bila tak puas hati kita kena bercakap.
“Saya kalau ada yang tidak berpuas hati saya akan luahkan dekat suami saya dan saya sangat terima kasih kepada suami sebab dia sangat penyabar. Saya tak pernah jumpa orang yang penyabar macam dia,” ujarnya.
Terdahulu, mahkamah meminta pasangan selebriti itu untuk menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.
Fazura diwakili peguam Fakhrul Azman. Sementara itu, Fattah diwakili peguam Zulkifli Che Yong.
Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 13 September lalu.
Difahamkan permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.