Hiburan

Rumah Tangga Penuh Keberkatan, Hati Fadlan Hazim Kini Lebih Lembut - “Ada Orang Curah Kasih Sayang”

Asyikin Mayudin
28/02/2024
03:38 MYT
Sponsor Banner
Rumah Tangga Penuh Keberkatan, Hati Fadlan Hazim Kini Lebih Lembut - “Ada Orang Curah Kasih Sayang”
Tujuh bulan mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya iaitu Aiya Mukhamedsalova, pelakon Fadlan Hazim mengakui kehidupannya banyak berubah selepas mempunyai isteri.

BERITA TRENDING: Fadlan Hazim Berselera Makan Daging Kuda, Ramai Teringin Nak Rasa - "Wife Aku Kazakhstan Ajar Makan…

Kehidupan semakin teratur, Fadlan turut mengakui dirinya yang dahulu sangat tegas sudah berubah menjadi semakin lembut disebabkan kasih sayang yang diberikan isteri tercinta.
“Buat masa sekarang, Alhamdulillah… segalanya penuh dengan keberkatan. Bila hidup penuh keberkatan, semuanya berjalan dengan lancar.
“Bangun tidur pun gembira, ada orang jaga… pakaian pun terjaga, makanan pun ada yang jaga. Hati saya sekarang pun lebih lembut. Sebelum ini macam tegas sikit.
“Sekarang masih tegas tapi selepas ada isteri, ada orang curah kasih sayang, layan kita… kita pun jadi makin lembut la,” kata Fadlan kepada Gempak.
Fadlan ditemui ketika malam kemuncak Gempak Most Wanted Awards 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya pada Ahad.
Dalam pada itu, Fadlan memberitahu dia tidak pernah meletakkan banyak syarat dalam lakonan namun isterinya melarang untuk melakonkan babak yang berbahaya.
“Sebenarnya saya tak meletakkan banyak syarat… yang penting, menjaga batas dan tidak melebih-lebih dengan pelakon heroin. Alhamdulillah, isteri pun faham.
“Isteri saya ok saja tapi satu saja dia pesan, jangan buat babak yang melibatkan nyawa la seperti terjun bangunan ke. Lepas ini boleh buat, tapi beritahu dia… mungkin kena marah sikit,” ujarnya.
Untuk rekod, Fadlan mendirikan rumah tangga dengan wanita Kazakhstan bernama Aiya Mukhamedsalova pada 16 July 2023 di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar