Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Running Man Kim Jong Kook Ajak Kawan-Kawan Simpan Sperma

Fiza Kamarudin 12/10/2021 | 15:15 MYT

Anggota Running Man, Kim Jong Kok berhasrat untuk mengajak rakan-rakannya yang belum berkahwin untuk menyimpan sperma.

Jong Kook, 45, mendedahkan perkata tersebut menerusi program Heo Young-man’s Food Travel baru-baru ini.
Tambah Jong Kook lagi, dia berasa tertekan setiap kali dijodohkan dengan wanita-wanita tertentu kerana lebih selesa mencari jodoh sendiri dan tanpa paksaan.
“Ramai bertanya kepada saya tentang perkahwinan kerana usia sudah semakin meningkat.
“Saya tertekan kerana ada orang yang minta carikan jodoh untuk saya. Saya lebih selesa berkenalan dan mengenali wanita itu sendiri.
“Sejak usia semakin meningkat ini saya rasa saya perlu lebih berhati-hati apabila ia berkaitan dengan hal tersebut,” katanya.
Katanya lagi, dia ada berbual dengan rakan-rakan yang masih bujang untuk menyimpan sperma.
“Saya ada mengajak kawan-kawan yang belum berkahwin untuk menyimpa sperma bersama-sama dan saya serius mengenainya.
“Saya juga akan mempertimbangkan untuk berbuat demikian nanti,” katanya.
Sumber: allkpop.com

#Running Man #Kim Jong Kook #Bank Sperma
;