Laman Utama

Runsing Fikir Nasib Individu Hilang Pendapatan, Azrinaz Mazhar Hakim Hulur Bantuan - "DM Saya Beserta Dengan Akaun Bank"

Zulaikha Yusof
04/07/2021
00:58 MYT
Sponsor Banner
Runsing Fikir Nasib Individu Hilang Pendapatan, Azrinaz Mazhar Hakim Hulur Bantuan - "DM Saya Beserta Dengan Akaun Bank"
Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim berasa risau apabila memikirkan nasib individu dan keluarga yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Menurut Azrinaz, 42, dia tidak dapat membayangkan nasib mereka yang hilang punca pendapatan dengan menanggung komitmen bulanan.
"Ketika saya kemas dan susun barang-barang dapur di bilik store yang simple ini.. fikiran saya bertambah runsing mengenangkan mereka yang hilang punca pendapatan.
"Yang tak dapat bayar duit rumah, pinjaman bank, komitmen lain. Hati saya remuk bila melihat ada ibu bapa yang tak cukup duit nak beli susu untuk anak kecil.
"Makanan boleh dihulurkan. Tapi rumah sapa nak bayar? Kereta pula nanti kena tarik? Bil elektrik bil air? Barang-barang keperluan lain macam mana?" tulisnya menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Tambah Azrinaz, dia tidak dapat turun padang untuk keluar membantu kerana mempunyai dua anak kecil dan ibu bapa yang tinggal serumah.
Justeru, dia membuka bantuan kepada yang individu yang memerlukan untuk menghubunginya menerusi Instagram.
"Saya nak bantu tapi saya tak boleh keluar. Saya ada bayi kecil dan orang tua serumah dengan saya. Saya tidak mampu untuk meletakkan diri saya dengan risiko. Mana saya nak cari mereka ini?
"Pada mereka yang betul-betul memerlukan bantuan. Sila komen di bawah atau DM saya beserta dengan akaun bank anda.
"Saya cuba untuk menghulurkan bantuan dengan kemampuan saya. Tak banyak sikit sekurang-kurangnya dapat meringankan beban anda," tulisnya lagi.
Terdahulu, Azrinaz berkahwin dengan Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei 2018.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Areesya Malaykha, 2, dan Atheerah Medina yang dilahirkan pada 26 Mac lalu.
Menerusi perkahwinan pertamanya dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah sebelum ini, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 15, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 13.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024