Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Rupa Je Cantik, Hati Busuk!" - Sheeda Dangdut Mengamuk, Serang Ifa Raziah Di Tempat Letak Kereta

Kamaruddin Razal 10/07/2018 | 15:37 MYT
Penyanyi dangdut, Sheeda memuat naik potongan video dirinya menyerang selebriti versatil, Ifa Raziah di sebuah tempat letak kereta.
Menerusi entri terbaru yang dikemas kini di laman Instagram miliknya, Sheeda menggelarkan Ifa sebagai seorang perempuan plastik.

Bersemuka tak berani pulak,perempuan plastik..suka buat hal..kena bg pengajaran supaya dia insaf.. Pandai pulak ko lari dan buat2 tak nampak,belakang aku. . semua orang ko canang cerita memburuk2kan aku..Sekarang biar semua org tahu kau penakut!!!!! Penipu!!!!Ini jawapannya .. @niksyafiq87 @sheedadanz #Perempuanpropa

A post shared by Sheeda (@sheedadangdutofficial) on

"Bersemuka tak berani pula ,perempuan plastik.. Suka buat hal.. Kena bagi pengajaran supaya dia insaf..
"Pandai pulak kau lari dan buat-buat tak nampak, belakang aku. Semua orang kau canang cerita memburuk-burukkan aku..
"Sekarang biar semua orang tahu kau penakut! Penipu! Ini jawapannya," tulis penyanyi lagu Angkat Kaki itu di ruangan kapsyen.
Sheeda turut menyertakan hashtag #PerempuanPropa di entri tersebut.
Di ruangan komen, rata-rata peminat terkejut dengan pertelingkahan yang terjadi antara Sheeda dan Ifa.
Sebelum itu, Sheeda yang ditemani anaknya, Bienda dan Ifa yang ditemani oleh suaminya menyertai majlis ramah mesra dan minum petang bersama Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad ke V, di Istana Negara yang berlangsung pada petang tadi.
Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Sheeda
#Penyanyi #Ifa Raziah #Sheeda #Penyanyi
;