“Rupanya Ada Makanan Yang…”- Norman Hakim Dedah Kalori Tinggi Walaupun Bersenam
Aktor Norman Hakim bersyukur selepas membuat pemeriksaan terperinci terhadap kesihatan badannya dan keputusan yang diterima adalah baik dan berada dalam keadaan yang sihat.
Kata Norman menerusi bacaan tekanan darah dan kolestrol dalam badan serta sebagainya telah memudahkannya untuk mengawal pemakanan harian.
“Alhamdulillah syukur nikmat semua keputusan daripada tekanan darah,kolestrol level,buah pinggang,paru-paru,kadar gula dalam badan,BMI dan sebagainya dengan izin Allah berada dalam keadaan baik.
“Keputusan ini semua penting untuk kita ambil tahu sebab dari situ baru kita ada informasi apa yang kita patut makan,apa yang patut kita kurangkan,senaman apa yang sesuai untuk kita.Data-data ni semua sangat membantu,” katanya.
Suami kepada pelakon Memey Suhaiza itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Dedah Norman, sebelum ini kalori dalam badannya tinggi dan agak membimbangkan meskipun dia mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam.
“Rasa depressed sangat sebab hari-hari kot exercise.Rupanya ada makanan yang saya tak boleh atau kena kurangkan selain faktor keturunan.
“Buah pinggang quarter damage sebab kurang minum air.Paru-paru dropped almost 70% padahal saya dah lama berhenti merokok. Rupanya jadi 2nd hand smoker lagi dajal kesannya pada yang tak merokok.Itu yang jadi pada saya,” jelasnya.
Norman membuat ujian darah itu di Institut Jantung Negara untuk memeriksa tahap kesihatannya.
Rutin itu bagaimana pun telah dilakukan sejak lima tahun lalu bagi memastikan kesihatannya terjaga.