Hiburan
“Rupanya Ada Masa 20 Hari Je Dengan Dia” – Aril Pilus Rindu Arwah Abang
Penyanyi Aril Pilus meluahkan rasa rindu terhadap arwah abang kesayangannya, Izwan Pilus yang meninggal dunia lapan tahun lalu.
Mengimbas kembali momen bersama abangnya, Aril berkongsi coretannya menerusi akaun Instagram (IG)nya hari ini.
Entri itu juga turut disertakan dengan foto arwah abangnya.
“Lapan tahun pemergianmu, rasa seperti baru semalam kita bertemu. Damai lah di sana saudaraku, moga Allah S.W.T merahmati Mu… Amin!
“December 2011, tahun baru saya di Koh Samui, ride big bike dengan abang-abang dan kawan-kawan, tiba-tiba tergerak hati nak call arwah dan bagitahu dia
“Wan! Aku dah sampai Koh Samui” dia tekejut sebab tak bagitahu tahu dia, tahu-tahu dah sampai Thailand.
“Dia cuma cakap “kau jaga diri elok-elok, jangan gila-gila sangat!” Lepas hang up the phone, saya text kat WhatsApp ucap selamat tahun baru, then dia hantar icon ni —>??♀️.
“Yang peliknya, sebelum-sebelum tu saya kemana-mana merayau tak hairan pun nak bagitahu tau dia mana saya pergi, lepak mana atau ride moto dekat mana tapi pelik, hari tu saya text call bagitahu dan text dia.
“Rupanya saya ada masa 20 hari je dengan dia, sebelum dia meninggal dunia... okay tu je! Love you abang Wan, tunggu aku okay!” tulisnya.
Kapsyen Aril itu mengundang sebak pengikut IGnya dan mereka mendoakan agar arwah Izwan Pilus ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
“Al-Fatihah... Teringt buat show sama-sama dengan arwah… Lepas pada tu dengar arwah dah tak ada. Semoga tenang di sana. Amin,” komen @yen_ali1805
“Teringat dulu masa time sekolah minat gila dekat arwah. Siap tulis surat, yang terharunya dia balas. Lepas tu bila tahu dia dah tak ada rasa sedih sangat-sangat,” tulis @eykaaharun
Terdahulu, Allahyarham Izwan Pilus menghambuskan nafas terakhir pada 20 Januari 2012 disebabkan jangkitan kuman dalam darah.