Berita
Rupanya Hannah Tan Pernah Ada Pengalaman Hitam Ketika Remaja
Selebriti jelita, Hannah Tan yang pernah membintangi filem My Spy arahan Datuk Afdlin Shauki mengakui rupanya mempunyai pengalaman hitam ketika berusia 19 tahun.
Hannah yang juga merupakan penyanyi dan model bertaraf antarabangsa berkongsi kisah silamnya di media sosial menerusi akaun Instagramnya, @hannahonline.
Ujarnya, dia pernah melalui pengalaman terbabit dalam kemalangan jalan raya pada usia masih remaja.
"Selepas kemalangan kereta yang hampir meragut nyawa, saya menjadi takut pada kelajuan, lebih menghargai kehidupan," katanya dalam status itu.
Sambungnya, dia kemudian mencuba sukan go-kart untuk membantunya mengatasi ketakutan tersebut.
"Ia membantu saya dapatkan semula keyakinan di atas kenderaan tapi ia tidak sama.
"Sama juga dengan perhubungan yang lalu, kerjasama dalam bisnes, keputusan melabur, saya cuba untuk mengatasi ketakutan sedemikian.
"Kemudian adanya pengalaman tidak diduga seperti ini, saya mula membuat kesimpulan mengenai kehidupan, membentuk keputusan yang saya buat," katanya.
Status Hannah itu mendapat kata-kata semangat daripada netizen apatah lagi dia memuat naik gambar bersama bekas pelumba Formula 1 negara, Alex Yoong.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @hannahonline