Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Rupanya, Ini Hadiah Yang Mila Jirin Berikan Untuk Heliza Sempena Pernikahannya…

Izwan Isa 26/01/2022 | 06:50 MYT
Penyanyi Mila Jirin dan Heliza Helmi merupakan teman rapat. Berkenalan ketika sama-sama menyertai Akademi Fantasia 5, persahabatan mereka dilihat semakin teguh sehingga ke hari ini.
Justeru, tidak hairan jika Mila atau nama sebenarnya, Norsyarmilla Jirin, 35, tersentuh apabila sahabat baiknya itu kini sudah pun selamat mendirikan rumah tangga.
Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, Mila bercerita kembali kebaikan yang ada pada diri Heliza sepanjang perkenalan mereka.
BACA: Bukti Sahabat Sejati, Mila Jirin Hadiahkan Majlis Sanding Untuk Heliza & Suami - "Saya Segan Nak Terima Tapi Akhirnya Tewas
“Heliza ialah sahabat yang istimewa di hati saya, beliau sering mendoakan saya dan adalah seorang yang suka memberi hadiah kepada sahabat sahabatnya.
“Saya masih ingat, saat pertama kali hati saya sangat berat ingin berubah, berhijrah dan bertudung, saya kongsikan dengan Heliza dan masya-Allah, selain doa dan input untuk kekal istiqamah, Heliza hadiahkan saya tudung dan juga jubah.
“Sewaktu lockdown, perniagaan saya antara yang terkesan teruk dan Heliza sering doakan dan membantu saya menguar-uarkan secara percuma produk-produk baharu di Bizmilla,” katanya.
Dalam masa yang sama, Mila turut bercerita yang dia sangat mengagumi semangat kemanusian yang selalu ada dalam diri Heliza dan berterima kasih kerana sudi menjalankan majlis resepsi di lokasi acara miliknya.
“Saya amat kagum dengan beliau. Kerja-kerja kemanusiaan yang dijalankan, kesibukan beliau dalam menyebarkan ilmu dalam program-program beliau dan bagaimana beliau sering mendahului orang lain.
“Nilai hadiah ini tidak mampu nak tandingi nilai persahabatan yang telah terbina hampir 15 tahun dengan izin Allah. Terima Kasih kerana sudi menerima hadiah ini, walaupun berkali kali mu menolaknya.
“Terima Kasih kerana membawakan majlis yang cukup Indah ke Bizmilla Grand Ballroom di Sanctuary Mall. Saat mu melangkah masuk ke dewan dengan busana songket biru yang sangat cantik diiringi alunan selawat, saat Bizmilla Grand Ballroom bergema dengan ayat-ayat suci al-Quran serta selawat, ku sangat gembira hingga mengalir air mata. Ku bersyukur mengenalmu sahabat. Sayang mu Lillahitaala,” tulis.
Untuk rekod, Heliza dan suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman mengejutkan peminat apabila mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu.
***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini
​Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend
Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.​
#Heliza Helmi #Mila Jirin
;