Hiburan
Ryan Gosling dan Eva Mendes Bakal Dapat Orang Baru
Pasangan pelakon Ryan Gosling dan Eva Mendes dijangka akan menimang cahaya mata pada tahun ini.
Menurut laporan OK! Magazine dikhabarkan pasangan tersebut bakal mendapat anak kembar tidak lama lagi.
Walaubagaimanapun, pasangan ini masih belum mengesahkan tentang kesahihan berita ini.
Namun laporan media antarabangsa ada menyebut, Ryan dan Eva sangat teruja kerana bakal menimang sepasang kembar (lelaki dan perempuan) selepas menjalani kaedah bayi tabung uji.
"Mereka memberitahu kawan-kawan mengenai keajaiban ini yang mereka tidak pernah jangka.
"Mereka tahu mereka mungkin mempunyai masalah kesuburan disebabkan umur Eva, tetapi mereka tidak menyedari betapa sukarnya sepanjang perjalanan kaedah tabung uji itu," kata satu sumber.
Semasa perjuangan Eva untuk hamil lagi, Ryan sentiasa ada untuk memberi sokongan ujar satu sumber.
Ryan dan Eva telah menjalin hubungan sejak September 2011 selepas bekerja bersama-sama di "The Place Beyond the Pines".
Teks Oleh: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: OK! Magazine