Laman Utama

Ryan Reynolds Dedah Alami Anxiety Kerana Pengalaman Masa Kecil Dengan Ayah

Maliah Surip
23/07/2021
06:16 MYT
Sponsor Banner
Ryan Reynolds Dedah Alami Anxiety Kerana Pengalaman Masa Kecil Dengan Ayah
Aktor Ryan Reynolds akhirnya berkongsi mengenai masalah kesihatan mental yang telah dihidapi sekian lama, baru baru ini.
Perkongsian tersebut dibuat sewaktu bintang Deadpool ini muncul sebagai tetamu dalam episod podcast baharu, Smartless bersama Sean Hayes.
Kepada Hayes, lelaki yang berasal dari Kanada ini mengaku sebagai salah seorang penghidap anxiety atau mengalami gangguan kecemasan berlebihan.
Hal itu diakui selepas Hayes mengambil salah satu kemas kini di akaun Instagramnya terkait dengan Bulan Kesedaran Gangguan Mental pada bulan Mei lalu.
Menerusi kemas kini tersebut, Reynolds menulis: "Kepada semua yang mengalami masalah terlebih fikir, terlebih kerja, terlebih bimbang dan terlebih segalanya, tolong sedar anda tidak berseorangan."
Sayes kemudian bertanya adakah dirinya mengalami masalah anxiety dan Reynolds spontan berkongsi tentang hal tersebut.
"Saya melihat anxiety sebagai enjin yang mampu menjadikan saya kreatif tetapi dalam masa yang sama boleh membawa saya masuk ke dalam keadaan yang sangat terpuruk," kata Reynolds seperti dilaporkan CNN.
Reynolds bagaimanapun mengatakan dirinya bersyukur kerana memiliki anxiety sehingga mampu mempergunakan masalah tersebut. Namun dalam sisi lain, masalah gangguan kecemasan itu memberi impak besar seperti tertekan dan berada tidak berguna kepada diri sendiri.
"Saya mengalami terlalu banyak gangguan tidur atau insomnia, dengan setiap malam berjaga semata mata untuk berfikir dan menganalisa tentang segala hal," akuinya.
Melanjutkan bicara, Reynolds mengaku telah mengalami anxiety sejak kecil, dan ia bermula dengan hubungan yang tak akrab dirinya bersama ayah.
"Saya masih ingat saya membicarakan hal ini kepada ayah. Ayah saya bukan seorang yang mudah untuk diajak berbicara. Saya tidak tahu bila masa dia akan meletup jika saya tersalah langkah," dedahnya.
Sejak itu dia selalu keterlaluan dalam berfikir dan hal itu masih berterusan sehingga sekarang.
Reynolds juga mengatakan anxiety dan pekerjaannya berjalan selari.
"Saya menanggung beban kerja dan anxiety sama rata. Ia seperti roda yang tidak mahu berhenti," tutupnya.
Kredit Foto: Getty Images
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar