Laman Utama
“Sabar, Ayah Tetap Ayah” - Rindu Anak? Luahan Shuk Sahar Buat Ramai Sebak! Mohon Supaya…
Perkongsian sebuah video daripada pelawak Shuk Sahar ternyata mencetuskan rasa hiba netizen.
Menerusi video berdurasi kurang dua minit itu, Shuk berkongsi momen dia bersama anak perempuannya, Ain.
Tambah pilu, kapsyen di posting berkenaan juga membuatkan ramai yang sebak dan simpati dengan nasib menimpa pelawak tersebut.
“Ayah rindu Ain dan Aimy, nanti raya kita jumpa taw,” tulisnya.
Menerusi komen di media sosial, kebanyakannya menasihatkan Shuk untuk bersabar.
Malah, ramai yang meminta supaya semua mengetepikan soal kontroversi terdahulu kerana video berkenaan memfokuskan terhadap kerinduan Shuk terhadap anaknya,
“Sabar, ayah tetap ayah Shuk”.
“Siapa pun dia, apa pun dia, apalah hak kita untuk menilai. Rezeki dia Allah dah susun”.
“Sedih la bila Shuk cakap macam tu,” tulis beberapa netizen.
Terdahulu, pergolakan rumah tangga Shuk dan isterinya Rossa Sera terus menjadi
tanda-tanya selepas Sera mahu memfailkan perceraian terhadap pelawak itu pada November tahun lalu.
Sera dan Shuk mendirikan rumah tangga pada 2015. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2.
BACA : “Yang Paling Penting Saya Fikir Untuk Diri Sendiri & Anak-Anak..” – Isteri Shuk Sahar Ulas Kehadiran Di Mahkamah Syariah