Berita

Sadis...Sosialit Hong Kong, Luo Lili Mati Terjun Bangunan Bersama Bayi Dalam Pelukan

Maliah Surip
13/01/2021
00:50 MYT
Sponsor Banner
Sadis...Sosialit Hong Kong, Luo Lili Mati Terjun Bangunan Bersama Bayi Dalam Pelukan
Dunia sosialit Hong Kong dikejutkan dengan berita kematian salah satu taikun perniagaan dan juga sosialit, Luo Lili yang membuat keputusan membunuh diri dengan terjun dari penthouse kediamannya.
Lebih mengejutkan. tak berseorangan, wanita yang mengakhiri riwayatnya pada usia 34 tahun ini membawa bersama bayi perempuannya yang baru berusia lima bulan bersamanya. Lili memeluk anaknya saat ditemui.
Kedua duanya ditemui cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian, lapor media tempatan seperti dipetik dari The Sun, semalam.
Tindakan nekad Lili memang cukup mengejutkan, apa lagi beliau dilihat bahagia dan sering memuat naik foto bersama anak perempuan yang diberi nama Aier.
Lili pertama kali dilihat memperkenalkan permata hatinya pada 2 September 2020 di akaun Instagramnya. Bersama foto yang memberi khabar anaknya baru berusia satu bulan, Lili memberi khabar terbaharu dirinya.
"Kami baik baik sahaja. Terima kasih ingatan dan hadiah yang anda berikan. Aier berusia satu bulan!," tulisnya seperti dilihat Gempak.
Kali terakhir beliau memuat naik foto bersama anaknya adalah pada November lalu dengan mengatakan anaknya sudah berusia 100 hari.
Laporan sama mendakwa Lili yang melabelkan dirinya sebagai ibu tunggal membunuh diri kerana mengalami depresi selepas melahirkan. Meski demikian, dakwaan tersebut belum disahkan oleh pihak berkuasa.
Sebelumnya, Lili menjadi terkenal kerana pernah bersemuka dengan Hillary Clinton dan berkawan dengan penyanyi, Rita Ora.
Beliau yang merupakan anak tunggal kepada taikun dan pemilik Jinlin Real Estate juga diketahui berteman baik dengan pemenang Olimpik, Guo Jingjing.
Lili juga dikenali sebagai seorang usahawan yang berjaya dan sukses menerusi syarikat miliknya sendiri yang didirikan sejak tahun 2014, TriBeluga.
Instagram: @lili3luo
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar