Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Safiey Illias Mengaku Bersalah Cederakan Baby Ara, Berdepan Hukuman Penjara Selama ...

Amri Hassan 31/05/2021 | 03:50 MYT

Usahawan kosmetik, Safiey Illias bakal menghadapi hukuman penjara selama tujuh tahun atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Instafamous dikenali sebagai Baby Ara.

Safiey atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Ilias, 27, ketika dihubungi berkata, dia mengaku bersalah dan tidak mahu memanjangkan lagi isu ini.
"Sepanjang 15 kali sebutan kes dan sambung bicara, saya sentiasa beri kerjasama dan hadir pada waktu serta tarikh yang ditetapkan.
"Lagipun isu ini tidaklah besar mana. Kalau tidak, tak mungkin pertuduhan pindaan diterima.
"Sebagai tanda syukur, berterima kasih dan hormat, saya terus mengaku salah selepas pertuduhan pindaan dibacakan," katanya kepada Harian Metro.
Tambah Safiey, dia juga menghormati orang yang mengaku salah atas kesalahan yang dilakukannya.
"Saya sangat hormat kepada orang yang terus mengaku salah dan tidak mahu panjang cerita.
"Orang yang bersedia menerima kesalahan sendiri sepatutnya dihargai dan diberi merit yang baik kerana mereka sedar akan kesalahan yang sudah mereka buat," katanya.
Safiey hadir ke Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur pada Khamis lalu dan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, B Rajdeep Singh.
Terdahulu, Safiey didakwa mencederakan Baby Ara atau nama sebenarnya Farahnazikha Karab Hussain, 26, di sebuah restoran di Jalan Liew Weng Chee AU2 pada 15 Januari 2018.
Turut terbabit sama adalah bekas pembantu peribadinya.
Majistret Tawfiq Affandy Chin menjatuhkan hukuman denda RM1,800 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda.
Mahkamah juga membenarkan ikat jamin kepada pertuduhan kes sebelum ini sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.
Sumber: Harian Metro

#Viral #Penjara #Safiey Ilias #Kosmetik #Bergaduh #Baby Ara
;