Berita

Sah! Umat Islam Sambut Aidilfitri Esok

Firdaus
09/04/2024
12:06 MYT
Sponsor Banner
Sah! Umat Islam Sambut Aidilfitri Esok
Teka-teki tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri akhirnya terjawab apabila Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam akan beraya pada Rabu.
"Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh hari raya puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Rabu, 10 April 2024," katanya.
Beliau berkata demikian menerusi pengumuman rasmi yang disiarkan di saluran televisyen tempatan pada malam Selasa.
Terdahulu, umat Islam di seluruh negara mula menyambut Ramadan pada 12 Mac lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar