Laman Utama

Sah! Zarina Anjoulie Rujuk Balik Dengan Bekas Suami - “Tak Nak Putus Asa, Mungkin Dulu Kami...”

Hanafis Haris
02/03/2021
16:05 MYT
Sponsor Banner
Sah! Zarina Anjoulie Rujuk Balik Dengan Bekas Suami - “Tak Nak Putus Asa, Mungkin Dulu Kami...”

Pelakon, usahawan dan selebriti media sosial, Zarina Anjoulie Lavocah mengesahkan dia dan Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas sudah kembali rujuk sebagai suami isteri.

Menurut Zarina atau lebih mesra disapa Anju, dia dan suaminya kini dalam proses memperbaiki diri ke arah rumah tangga lebih baik.

“Yes, betul dah rujuk. Kami dah berbincang untuk berbaik, malah nak perbaiki lagi diri dan rumah tangga.

“Mungkin sebelum ini dua-dua ego, tapi bila fikir baik dan berbincang, kami tak putus dengan perkahwinan ini,” katanya.

Jelas Anju lagi, dia juga mahu belajar untuk menjadi lebih baik terutama dari segi agama.

“Kalau jodoh dan cinta itu kuat, Insya-Allah. Saya harap semua orang dapat mendoakan yang baik-baik untuk kami berdua," katanya.

Terdahulu, berita mengenai status terbaru pelakon itu mula menjadi perbualan ramai apabila Anju memuat naik satu posting di Instagram.

Menerusi posting berkenaan, Anju meminta mana-mana wanita berhenti menghantar mesej di laman sosial suaminya kerana mereka telah kembali rujuk sebagai suami isteri.

Untuk rekod, pada 10 Februari lalu, Zarina memuat naik video dia hadir ke Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan bagi menyelesaikan urusan penceraian mereka.

Zarina sebelum itu telah mendirikan rumah tangga dengan Eilyas pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.

Sebelum ini, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan bercerai pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Awangku Gabriel Martin Ezra.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar