Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Saharul Ridzwan Kena Gari

Zulaikha Yusof 27/08/2020 | 23:16 MYT
Pelakon Saharul Ridzwan menyatakan kehidupannya berubah selepas memilih untuk menamatkan zaman bujang.
Menurut Saharul, 31, dia telah terikat dengan tanggungjawab kepada isteri dan anak-anak.
"Mat, kau lepas kawin, ada anak, banyak betul kau berubah. Lepak pun jarang, kena gari ke?
"Betul lah tu. Kena gari. Gari dengan tanggungjawab. Takut bini? Betul jugak tu.
"Takut bini sendiri tak dapat naik satu kapal yang kita sebagai suami yang menjadi nakhodanya," tulisnya di Instagram (IG).
Dalam pada itu, pelakon drama Selafaz Cinta turut menghargai pengorbanan yang dilakukan golongan suami demi menjaga keluarga.
"Saya percaya ramai suami dan bapa banyak berkorban demi tanggungjawab pada keluarga tercinta.
"Satu penghargaan dan ucapan terima kasih untuk anda semua. Teruskan semangat juang yang ada untuk kita berikan yang terbaik pada keluarga kita. Insya-Allah," tulisnya lagi.

"Mat, kau lepas kawin, ada anak, banyak betul kau berubah. Lepak pun jarang, kena gari ke?" . Betul lah tu. Kena gari. Gari dengan tanggungjawab. Takut bini? Betul jugak tu. Takut bini sendiri tak dapat naik satu kapal yang kita sebagai suami yang menjadi nakhodanya . Saya percaya ramai suami dan bapa banyak berkorban demi tanggungjawab pada keluarga tercinta. Satu penghargaan dan ucapan terima kasih utk anda semua. Teruskan semangat juang yang ada utk kita berikan yang terbaik pada keluarga kita. InShaaAllah . So...ride kita on x on? ? . @rxz_members_official

A post shared by Saharul Ridzwan® (@saharulridzwan) on

Saharul dan isteri, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra.
#Kahwin #Saharul Ridzwan #Kahwin #Gari
;