Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Saintis Malaysia Di UK, Dr Serena Nik-Zainal Terima Anugerah Atas Penyelidikan Barah

Azwa Rahman 30/08/2021 | 09:00 MYT
Saintis Malaysia yang berpangkalan di United Kingdom (UK), Dr Serena Nik-Zainal mengharumkan nama negara menjadi penerima anugerah Francis Crick Medal and Lecture 2022 di atas sumbangannya terhadap kajian punca barah.
Dr Serena yang kini bertugas sebagai doktor dan saintis di Penyelidikan Kanser UK, Universiti Cambridge bakal menerima pingat dan hadiah wang tunai sebanyak £2,000 (RM11,568).
Menerusi laman sesawang The Royal Society, anugerah tersebut diberikan kepada Dr Serena atas kejayaan besar melalui analisisnya mengenai tanda-tanda mutasi pada genom barah, yang mana ketika ini telah diterapkan pada terapi barah.
Menerusi laman sosial Twitter, Dr Serena meluahkan rasa bersyukurnya di atas penghormatan ini turut sama memberi penghargaan kapada pasukannya.
“Terima kasih kepada semua yang telah mengajar, menyokong, mendorong dan membimbing saya. Saya sangat menghargainya!
"Kepada pasukan saya yang hebat, ini untuk kita," tulisnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut The Royal Society, anugerah The Francis Crick Medal and Lecture diberikan setiap tahun dalam apa jua bidang sains biologi. Keutamaan diberikan kepada bidang genetik, biologi molekul dan neurobiologi.
Sehingga kini, 18 saintis telah menerima anugerah tersebut dari 2003 sehingga 2020, dimana pada tahun lalu ia dianugerahkan kepada Dr Marta Zlatic.
Pada Oktober 2019, Dr Serena dianugerahkan Hadiah Penyelidikan Kanser Dr Josef Steiner 2019 atas kejayaannya menjalankan kajian untuk mempercepat penafsiran holistik genom kanser.
Untuk rekod, Dr Serena menyambung pelajaran di Wellcome Sanger Institute (WSI) pada 2009 untuk meneroka kajian kanser payu dara menggunakan whole genome sequencing (WGS).
Beliau kemudiannya dianugerahkan CRUK Advanced Clinician Scientist Fellowship pada 2017 sebelum berpindah ke Universiti Cambridge.
#Saintis Malaysia #Anugerah UK #Dr Serena Nik-Zainal
;