Laman Utama

Sajat Bikin Kecoh Lagi, Kali Ini Rantai Pula Jadi Perdebatan Netizen - “Mana Tau Salib, Lain Ler”

Hanafis Haris
16/04/2021
07:50 MYT
Sponsor Banner
Sajat Bikin Kecoh Lagi, Kali Ini Rantai Pula Jadi Perdebatan Netizen - “Mana Tau Salib, Lain Ler”
Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau Sajat sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila dikatakan memakai rantai yang mempunyai simbol salib.
Sajat menggayakan rantai berkenaan menerusi satu posting terbaru di Instagramnya hari ini.

Menerusi ruang komen, ada segelintir netizen yang menegur mengapakah Sajat menggayakan rantai berbentuk salib.

“Kenapa pakai rantai bentuk kristian, Allahuakbar,” luah seorang netizen.

Walaubagaimanapun, di sebalik kecaman berkenaan, ramai juga yang tampil mempertahankan Sajat dan menganggap simbol berkenaan langsung tidak menggambarkan agama Kristian.

Malah, rata-rata mereka percaya reka bentuk rantai tersebut merupakan simbol 'tambah' (+) dan juga daun clover.

“Mana tau bentuk Kristan, salib lain ler, ni bentuk tambah”

“Tu nama dia daun clover banyakkan belajar”

“Tu fesyen up to date la, daun clover,” tulis beberapa netizen.

Sementara itu, menerusi penerangan dibuat oleh laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, jika sekiranya perhiasan tersebut sudah menjadi penggunaan yang umum dan tidak lagi menjadi syiar khusus kepada sesuatu agama atau kaum, maka hukum memakai perhiasan berbentuk daun Clover tersebut adalah harus dan dibolehkan.

Jelas mereka lagi, jika ia masih dianggap melambangkan agama Kristian dan konsep Trinity sekalipun, ia perlu juga dilihat dari sudut tahap kejelekan tasyabbuh berkenaan sama ada ketara ataupun tidak.

Maka, dalam situasi ini, sebaiknya hendaklah dielakkan daripada membeli dan memakai barang perhiasan tersebut.

Manakala, simbol yang jelas melambangkan agama Kristian seperti lambang salib, lambang gambar orang disalib dan seumpamanya, atau perbuatan sengaja memakainya dengan niat untuk menyerupai orang kafir dan menganggapnya sebagai simbol kepada agama tersebut, maka hukumnya adalah haram dan berdosa.

Anda boleh baca penjelasan tersebut di sini.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar