Laman Utama

Sajat Menangis Sedu-Sedan, Rindu Kuih Mak!

Izwan Isa
19/09/2023
23:50 MYT
Sponsor Banner
Sajat Menangis Sedu-Sedan, Rindu Kuih Mak!

Usahawan dan selebriti media sosial, Nur Sajat sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila rakaman video siaran langsung yang memaparkan dirinya menangis sambil menikmati kuih tradisional viral di media sosial.

Hal ini kerana, menerusi video berkenaan, Sajat dilihat menangis mengenangkan kuih yang dibuat oleh ibunya sewaktu dia masih berada di Malaysia suatu ketika dahulu.
“Terima kasih you all ajar Sajat. Thank you so much. Sumpah sedap,” ujar Sajat menahan sebak sambil mengesat air mata.
Menerusi klip yang sama, Sajat memberitahu, dia sudah lama teringin untuk menikmati kuih tersebut.
“Terima kasih ajhar Sajat tau. Memang Sajat teringin sangat. Thank you so much, thank you so much.
“Bila jadi ni satu macam effort tau. Sebab kita duduk jauh. Terima kasih. Tapi memang sedap. Jadi memang jadi,” katanya.
Selain itu, Sajat turut mendedahkan yang dia juga sering memberitahu ibunya jika dia teringin menikmati sebarang kuih dari Malaysia.
“Kadang-kadang Sajat selalu cakap dengan mak Sajat… Mak, Jat teringin nak makan kuih mak tu.
“Thank you so much, Sajat appreciate sangat,” katanya.
BACA: “Saya Harap Keturunan Awak Tak Menjadi Macam Saya” - Sajat​
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar