Laman Utama

“Sakit, Pedih, Miang..” - Lama Tak Rasa Nikmat Tidur Lena, Luahan Ustaz Kasim Raih Simpati Netizen

Azwa Rahman
09/06/2022
02:01 MYT
Sponsor Banner
“Sakit, Pedih, Miang..” - Lama Tak Rasa Nikmat Tidur Lena, Luahan Ustaz Kasim Raih Simpati Netizen
Umum mengetahui kisah penceramah bebas Datuk Mohd. Kazim Elias yang sakit akibat disihir sehingga meraih perhatian ramai dengan pelbagai penderitaan yang dihadapinya.
Pada Rabu, Ustaz Kazim meluahkan rasa rindu untuk menikmati bermimpi dan tidur lena yang telah lama hilang dari hidupnya.
Menerusi laman sosial Facebook, beliau berkongsi luahan tersebut untuk tatapan umum.
“Lama dah tak bermimpi, lama juga tidak menikmati lena, kesakitan kepedihan miang, tidak pernah berpisah.
“Mungkin ini akan dirasai sampai akhirnya, yang tidak merasai akan mempertikai, aku cuma berdoa agar mereka tidak mendapatkannya,” tulisnya di dalam satu hantaran.
Tambah Ustaz Kazim, beliau juga berharap agar dirinya diberikan kesabaran yang tinggi dan akan sentiasa reda dengan ujian hidupnya.
“Hanya sabar dan reda mengubat jiwa, dakwah itu menyegarkan, semoga dosaku terhapus dengan ujian kecil ini,” ujarnya.
Sementara itu di ruangan komen, luahan tersebut dihujani dengan doa dan kata-kata positif buat Ustaz Kazim agar dia segera diberikan kesembuhan oleh Maha Pencipta.
“Semoga diberikan kesembuhan buat ustaz dan semoga ustaz terus kuat aamiin,” komen seorang wargamaya.
“Syafakallah ustaz, Aamiin Allahumma Aamiin ya Rabbal Alamin.. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul,” kata seorang wargamaya.
“Semuga Ustaz di beri kekuatan, ketabahan dan kesabaran ..Semuga cepat sembuh dari segala penyakit.. InshaAllah ..Alhamdulillah,” doa seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini beliau masih berusaha dan mencuba segala rawatan bagi mencari penawar penyakitnya.
Perkongsian Tersebut telah meraih hampir 85,000 tanda suka dan 14,000 komen daripada warga Facebook.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar