Laman Utama

“Sakitnya Bila Awak Terus Menanggung Dosa Saya”- Tersentuh, Ucapan Anniversary Ke-16 Noorkhiriah Untuk Suami

Syafiqah Jalal
11/11/2022
05:38 MYT
Sponsor Banner
“Sakitnya Bila Awak Terus Menanggung Dosa Saya”- Tersentuh, Ucapan Anniversary Ke-16 Noorkhiriah Untuk Suami
Pelakon Noorkhiriah menyambut ulang tahun perkahwinan ke-16 bersama suaminya Azfaizul Ahtan hari ini.
Sempena meraikan ulang tahun itu, Noorkhiriah atau nama lengkapnya Noorkhiriah Ahmad Shapie, 43, menitipkan ucapan istimewa yang menyentuh hati buat suaminya.
Pelakon drama Jubah Hitam itu memberitahu selama hidup bersama banyak pengorbanan dan kebaikan yang dilakukan untuk keluarga mereka.
“Pakaian suami adalah pakaian isteri..genap 16 tahun awak jadi imam saya di Jumaat yang lagi berkat ni..kurang lebih saya minta maaf..saya ini banyak salah dari betul..
“Korang doakan akak dan suami till jannah..semoga Allah angkat dan makbulkan doa kalian..untung saya dapat awak..dan jangan rugi dapat saya, maklumlah kadang saya menghiburkan kadang memeningkan..
“Semoga Allah membalas segala kebaikan awak di dunia dan akhirat pa..ikhlas dari tulang rusuk kiri,” ucapnya.
Noorkhiriah berkongsi ucapan itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri itu dia memuat naik foto mereka berdua.
Dalam kemas kini berbeza Noorkhiriah terus membuat muat naik khas buat suaminya yang memberitahu sehingga kini kasihan kerana terpaksa menanggung dosanya sebagai isteri.
“Terus doakan saya Pa (panggilan buat suaminya). Sakitnya bila awak terus menanggung dosa saya. Semoga Allah Tarik saya ke jalan kebenaran. Saya tak nak susahkan awak dunia dan akhirat,” harapnya.
Noorkhiriah berkahwin dengan Azfaizul Ahtan pada 11 November 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hudhaifah dan Muhammad Yusoff.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar