Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Sakitnya Tak Sesakit Dikhianati & Ditinggalkan Dulu..."- Rita Rudaini

Syafiqah Jalal 17/04/2023 | 08:44 MYT
Pelakon Rita Rudaini akui hatinya sebak dan sayu apabila mengenangkan anaknya, Airit Rayyan Rizqin yang kini sudah setahun menuntut di MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) Ulul Albab, Gemencheh, Negeri Sembilan.
Kata Rita, 47, dia berasa amat 'sakit' kerana terpaksa berenggang dengan anaknya itu buat pertama kali.
"Malam ni hati mommy (panggilan anak kepada Rita) tiba-tiba sebak sayu sangat…dah setahun Ryan belajar hidup berdikari jauh dari mommy…
"Setiap malam Ryan tak lupa telefon ucap ‘gudnite & i love u mommy’ …masa ni mommy tahan airmata dan tahan sakit…sakitnya tak sesakit dikhianati dan ditinggalkan dulu…
"Kita tak pernah berenggang..kemana saja mommy bawa Ryan…Ryan anak yang banyak berkongsi suka duka,banyak saksi kesedihan mommy…Ryan yang banyak kena tempias..Ryan saksi segalanya…," luahnya.
Pelakon Anak Mami itu berkongsi luahan berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Pun begitu, Rita bersyukur kerana Ryan membesar menjadi seorang anak yang baik dan patuh kepada ibunya.
"Tapi Alhamdulillah kamu membesar dengan penuh kelembutan dan kasih sayang dalam hati..Ryan anak yang sangat baik,tidak pernah sesekali tinggikan suara pada mommy,patuh setiap kata-kata mommy…
"Maafkan mommy,mommy banyak salah pada Ryan..Tapi percayalah,mommy buat semua ni ada sebab…hanya Tuhan saja yang tau….
"Mommy doakan Ryan jadi seorang lelaki yang penuh belas kasihan,kelembutan dan kasih sayang dalam diri..," ujarnya.
Baru-baru ini Rita turut berkongsi kejayaan anaknya memperoleh Anugerah Pengetua MRSM atas kecemerlangannya dalam bidang akademik.
Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada tahun 2008.
Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 13, dan Airit Qaqa Arjuna, 11.
Bagaimanapun mereka bercerai pada September 2013.
;