Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Salah Positif Covid 19, Bakal Terlepas Perlawanan Liverpool Menentang Leicester

Maliah Surip 14/11/2020 | 04:45 MYT
Bintang Liverpool, Mohamed Salah disahkan positif Covid-19 oleh Persatuan Bolasepak Mesir
pada Jumaat.
Menerusi laporan Goal.com, Salah telah menjalani swab test yang pertama dan disahkan positif Covid 19 tetapi tanpa sebarang gejala.
"Pemain Nasional Bolasepak Mesir dan bintang Liverpool, Mohamed Salah akan menjalani swab test kedua selepas test pertama yang dijalankan ke atasnya postif Covid 19," umum persatuan tersebut.
Kenyataan tersebut turut mengatakan segala langkah pencegahan dengan semua protokol dan SOP telah diikuti dan Salah juga dijaga oleh dua orang doktor dari Pasukan Nasional Bolasepak Mesir.
"Salah berada dalam keadaan baik dan tidak menunjukkan sebarang gejala. Buat masa ini beliau telah menjalani kawalan kendiri dengan dipantau oleh para doktor," kata kenyataan itu lagi.
Dengan pengumuman ini, pemain sayap Mesir yang juga merupakan bintang Reds itu akan terlepas perlawanan Liverpool menentang Leicester yang dijadualkan berlangsung pada 21 November 2020.
Hal ini kerana semua pemain bolasepak yang dijangkiti Covid 19 walaupun tanpa gejala, wajib menjalani kawalan kendiri dan kuarantin selama 10 hari bermula pada hari disahkan positif.
Bintang bolasepak berusia 28 tahun itu menjadi pemain keempat dari Reds yang disahkan positif Covid 19 selepas Sadio Mane dan Thiago Alcantara disahkan positif pada September lalu dan Xherdan Shaqiri menyusul pada Oktober.
Kredit Foto: LiverpoolFC
#Liverpool #COVID 19 #Salah
;