Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Salima AF4 Kesal Ibu Hamil Disuruh Makan Supplement Untuk Baby Putih Melepak

Syafiqah Jalal 10/07/2020 | 08:36 MYT

Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 4 (AF4) , Salima Habibi kesal apabila ada pihak yang cuba mengambil kesempatan menjual ubat atau makanan tambahan untuk ibu hamil bagi mendapatkan bayi berkulit cerah.

Menurut Salima, fizikal dan rupa bayi yang lahir pasti dipengaruhi oleh keturunannya dan ia sudah ditentukan oleh Allah.

“Nak ceritanya, semua anak ni lahir putih ke gelap ke rambut lurus ke kerinting ke, semua dari Allah yang rancang semua. Dari percampuran benih ibu dan bapa, sangkut lah rupe toknya sikit opah sikit mak sikit bapa sikit. Apa sahaja yang Allah ciptakan itulah yang terbaik.

“Syukurlah kita atas apa jua yang Allah beri, saya kesian kadang-kadang lihat ibu mengandung orang suruh amik suplement itu dan ini supaya anak putih melepak, supaya bulu mata anak lentik la ape lah. Padahal mak bapa atau keturunannya memang dah sedia gelapnya. Kalau anak gelap kenapa? Sapa kata kalau putih je baru cantik?
“Terfikir juga kenapa mereka tak buat testimoni pada orang Nigeria atau Afrika je terus. Untuk anda yang ada kulit warna sawo matang ke gelap ke, jangan bagi org buli kita. Asyik nak suruh orang jadi putih, pelik sungguh la hai…” katanya.

Salima berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, dia memuat naik foto anak perempuanya, Syarifah Nur Asmaa’ Aljoofree

Apa-apa pun, Salima berkata sebagai umat Islam haruslah bersyukur dengan segala ciptaan Allah dan menjaganya sebaik mungkin.

“Kita semua cantik, sebab yang cipta kita Allah yang maha cantik, tapi Allah dah bagitahu Allah tak hairan dengan rupa paras kita. Allah tengok akhlak kita, amalan kita, tutur kata kita, niat kita, iman kita.

“Bila kita syukur Allah tambah nikmat,” katanya lagi.

Salima berkahwin dengan penceramah bebas Syed Abd. Kadir Syed Hussin Aljoofre sebagai isteri kedua pada 30 November 2013 dan dikurniakan seorang lagi anak, Rayyan.

Pantang die mommy hilang time die tgh tdo huhu... mommy dh dtg pun siap merajuk2 xmau mommy peluk, tp 3 saat jela taknak tu hehe..abgnya rambut hitam pekat mcm arang, die ni lain pesen sikit...nk ceritanya, semua ank ni lahir putih ke gelap ker rmbut lurus ke kerinting ker, semua dr Allah yg rancang semua. Dari percampuran benih ibu dan bapa, sangkut lah rupe tok nya sikit opah sikit mak sikit bapa sikit, apa shj yg Allah ciptakan itulah yg terbaik. . . Syukur lah kita atas apa jua yg Allah beri, sy kesian kdg2 tgk ibu mengandung org suruh amik suplement itu dan ini supaya ank putih melepak, supaya bulu mata ank lentik la ape lah, pdhal mak bapa atau keturunan nya mmg dh sedia golapnya. Kalau ank gelap kenapa? Sapa kata kalau putih je baru cantik? . . Terfikir juga kenapa dorg tak buat testimoni pd org Nigeria atau afrika je terus. Utk anda yg ada kulit warna sawo matang ke gelap ker, jgn bg org buli kita , asik nk suruh org jd putih, pelik sgguh la haiii... . . Sy sdiri dlu masa ank dara mcm2 jnis org suggest mcm2 produk suruh kita ni jd putih. Ate, kalau tak putih tu xlawa kee? . . Anak sal sorg ikut kulit sal sorg ikut kulit abah dorg. Tp dlm rumah ni mommy la paling gelap... tetap mommy rs mommy lawa ??. Alhamdulillah... . Kita semua cantik, sbb yg cipta kita Allah yg maha cantik, tp Allah dh bgtau Allah xheran dgn rupa paras kita. Allah tgk akhlak kita, amalan kita, tutur kata kita, niat kita, iman kita. . . Tp setiap hari kita bangun tidur, berapa ramai drpd kita risau dgn fizikal semata mata, belek muka belek jerawat, tgk berat badan tgk wrinkles bertambah ke x, tgk uban,adakah salah? Tentulah tak salah, tp kesihatan rohani, kesihatan jiwa, kesihatan mental, kita amik berat tak? . Jgn terlampau mengikut apa manusia lain lazimi krn ia belum tentu benar walaupun semua org buat. Org nk putih kita nk putih, org lain hidung mncung kita duk mkn belacan pun nk hidung mancung , org lain tanam bulu mata kita main redah jer xkire dlm islam bg buat ke tak. . . Kalau kita bijak bestari, sebelum buat apa2 kita akn pastikan dlu ia baik tak utk fizikal, mental jiwa dan imanku? . . Bila kita syukur Allah tambah nikmat.

A post shared by Salima Habibi (@salimahabibi) on

#Anak #Hamil #Baby #Hamil #Salima AF4
;