Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Salji Kat Padang Rumah Kita" - Shiera Kaget Tengok Hujan Batu, Tenangkan Anak Ini Bukan Hari Kiamat

Amri Hassan 29/10/2020 | 23:51 MYT
Penyampai radio Sharifah Shahirah terkesima apabila kawasan kediamannya dihujani hujan batu pada petang Khamis.
Berkongsi fenomena unik itu di Instagram, katanya itu pengalaman pertamanya sepanjang hidup menyaksikan hujan batu di depan matanya sendiri.
"Wow kat padang rumah saya... tengoklah! Macam salji, kita tak pernah lihat salji sebelum ni," katanya dalam sepotong video di Instagram.

Hujan air batu.. Di negeri sendiri

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on

Shiera turut berkesempatan mengambil beberapa ketulan ais hasil daripada fenomena itu.
Kata Shiera dia terdengar bunyi yang kuat di luar rumah sebelum pembantu rumahnya memberitahu ada 'salji'.
"Saya teruja dan terus keluar untuk melihat ketulan ais. Mujurlah depan rumah saya ada rumput palsu jadi, ais yang jatuh lambat sikit mencair. Dapatlah saya lihat dalam 10 minit," ujarnya.
Shiera turut menenangkan anaknya yang menganggap kejadian itu ibarat menghampiri kiamat.
"Sekejap, salji di Malaysia. Maksudnya nak kiamat?" soal anaknya.
Jawab Shiera; "Tidak, ini cuma hujan batu."
#Sharifah Shahirah #Hujan Batu
;