Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Salma Hayek Takut Lepaskan Tuala & Menangis Buat Babak Ranjang di Filem Desperado

Maliah Surip 16/02/2021 | 08:20 MYT
Aktres Salma Hayek mengungkapkan pengalaman saat bermain di filem yang mengangkat namanya di layar lebar, Desperado.
Filem yang ditayangkan pada tahun 1995 itu rupanya telah meninggalkan perasaan gelisah dalam dirinya yang membawa watak Carolina.
Hayek mengatakan perlu melakonkan babak ranjang yang sebelumnya tidak dimaklumkan terlebih dahulu. Kerana terkejut dan bimbang, Hayek mengaku dia menangis di set penggambaran.
Dalam filem arahan Robert Rodriguez itu, dia bergandingan dengan aktor Antonio Banderas. Namun Rodriguez tidak memberitahu akan ada babak ranjang bersama Banderas.
"Saya tidak pernah melakonkan babak ranjang jadi ia benar benar membuat saya gelisah. Jadi sebelum memulakan babak tersebut, saya menangis," katanya dalam satu temubual secara podcast yang dihoskan Dax Shepard dan Monica Padman, Armchair Expert.
Dia kemudian menambah: "Saya tidak boleh menanggalkan tuala yang dipakai, sekurang kurangnya untuk jangka masa dua saat dan kembali menangis."
Menurut Hayek, meski demikian, dia tetap perlu melaksanakan tanggungjawabnya dan melakonkan babak ranjang itu hanya di hadapan beberapa orang. Itu termasuklah Rodriguez dan bekas isteri Banderas pada waktu itu, Elizabeth Avellán.
Malah Banderas juga memujuknya agar meninggalkan sebentar 'Salma Hayek' dan menjadi Carolina supaya dia mampu melaksanakan babak tersebut.
"Sebenarnya semuanya baik baik saja. Banderas adalah seorang pelakon dan lelaki yang
gentleman.
"Sehingga saat ini, hubungan kami masih baik dan rapat. Cuma, Banderas seorang yang terbuka dan 'bebas'. Itu membuatkan saya lebih takut kerana tak biasa," kata Hayek seperti dilaporkan The Independent.
Bintang kelahiran Mexico yang kini berusia 54 tahun itu kemudian mengaku salah satu sebab yang membuat dirinya takut melakukan adegan ranjang adalah kerana teringatkan bapa dan abangnya.
"Pada saat itu saya terfikir adakah bapa dan abang saya akan tersinggung dengan babak tersebut? Ya, orang lelaki tak ada tekanan itu," katanya.
Kredit Foto: Getty Images
#Menangis #Salma Hayek #Antonio Banderas #Mexico #babak ranjang #Desperado
;